JAZLAN YANG SOMBONG DAN ANGKUH! SEMAI KEBENCIAN DAN PERPECAHAN DALAM KER...


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Nur Jazlan Mohamed menyifatkan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) ‘lebih sudu daripada kuah’ dalam Kerajaan Perpaduan terutama apabila melibatkan soal tuntutan jawatan dan kuasa di Johor. Mengakui Johor bukan kerajaan negeri yang ditubuhkan atas persefahaman Kerajaan Perpaduan namun, katanya, ia berlaku lebih daripada kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di peringkat Persekutuan. Sehubungan itu, jelasnya yang juga Ketua UMNO Bahagian Pulai, Johor tidak terikat secara langsung dengan kerjasama BN-PH itu sama seperti Kerajaan Negeri Sarawak. “Kalau betul PH nak berlaku adil, patutnya minta Bang Non (Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim) tuntut juga dari Abang Jo (Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg) supaya buatkan Kerajaan Perpaduan di Sarawak sebab GPS (Gabungan Parti Sarawak) adalah sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan hari ini,” katanya menerusi catatan di laman sosial Facebook beliau hari ini. Sementara itu, Nur Jazlan turut menyelar parti-parti tertentu yang menjadikan Kerajaan Negeri Johor seperti pasar borong termasuk Amanah yang menuntut pelbagai jawatan seperti Ecxco, malah sehingga ke ketua kampung meskipun hanya mempunyai satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN). Pada hakikatnya, kata beliau, bukan hanya peringkat Johor, malah di Persekutuan sekali pun PKR dan Amanah bukanlah parti penting atau layak duduk semeja dalam permainan `poker politik’. “Dalam konteks permainan poker politik ini, hanya mereka yang benar-benar ada skil, kekuatan dan pengalaman saja yang layak dan mampu bertahan di meja utama. “Bagi saya hanya UMNO, DAP dan GPS saja yang boleh diibaratkan sebagai pemain poker profesional yang tahu bila nak bluff, bila nak raise dan bila nak ambil risiko. “Dua parti ini saja pemain sebenar dalam politik Malaysia sejak awal merdeka dulu.