AKIBAT BANGANG ISHAM JALIL.


 Yanie Mansor

HAHAHA BANGANG


Sampai 9 kali edit post yang sama, try hard nak tuduh sangat yb Fahmi Fadzil . Kalau macam tu ramai ler adik beradik aku nama Mansor di Malaysia ni 😅. Tulah aku tengok awat muka lain bebeno.  Tak mestinya nama bapa sama, mesti adik beradik. 


Last sekali dia koyak, agaknya tak tahan kena kecam baru letak hashtag troll. Ayat sedih dia apa kau tahu. Biarlah dia kata kena kenduri kat cytro pon.. dia rela sebab bodoh 😂😂


Kelakar pun ada, kesian pun ada, macam kurang kasih sayang. Yelah kan, hantu raya takde tuan mmg mcm tu. Takde group whatsapp. Tak hairan bersama dengan PN, benda macam ini pun jadi isu. Auto bengap😂


Nak tanya Jalil Hamid tu ayah kamu ke Isham Jalil?



*RALAT ADIK FAHMI FADZIL



Pagi tadi saya ada buat posting di Facebook yang mana saya tanya adakah CEO MDEC yang baru iaitu Anuar Fadzil itu adik kepada Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil. Saya tanya sebab sejak semalam telah viral dan kecoh di TikTok yang kononnya adik Fahmi Fadzil dilantik sebagai CEO MDEC, namun tidak ada apa-apa maklumbalas dari Fahmi atau MDEC. Oleh itu saya mahu penjelasan, sebab jika ia benar ia tidak bagus, dan jika tiada maklumbalas maka orang akan percaya perkara yang tidak betul.


Sebaik beberapa minit saya posting di Facebook, terus saya dapat makluman bahawa Anuar itu bukan adik Fahmi seperti yang didakwa di TikTok. Anuar ini adalah anak kepada kawan kepada kawan saya. Dia bukan adik Fahmi Fadzil. Sebaik selepas dapat makluman ini, saya pun update dan edit di posting saya untuk makluman semua.


Cybertrooper Madani boleh kenduri bantai saya di sini itu tidak mengapa bagi saya. Bagi mereka kita tanya soalan pun mereka akan kata ia fitnah dan semua tuduhan dan dakwaan kepada pemimpin mereka itu semua fitnah, tetapi bila kena tuduhan kepada pemimpin pembangkang itu semua betul dan bukan fitnah pula.


Kita perlu cari kebenaran dan ambil berat isu tatakelola. Dan sebab itu saya minta PMX Anwar untuk saman Bloomberg jika laporan Bloomberg berkenaan Perdana Menteri arah SPRM untuk tidak siasat Farhash itu tidak benar. Sebab jika ia benar ia adalah satu isu tatekelola yang amat serius dan melanggar undang-undang.


Beberapa bulan lepas saya telah membuat laporan polis, laporan SPRM dan laporan ke Surujanjaya Sekuriti berkenaan isu Farhash ini, namun sehingga hari ini saya tidak dengar apa-apa tindakan di ambil. Jika ada orang arah SPRM jangan ambil tindakan ke atas kes ini susulan laporan saya tersebut, saya ingin tahu dan saya yakin rakyat pun ingin tahu. 


Saya sokong cadangan seorang peguam baru-baru ini agar satu Suruhanjaya Diraja ditubuh supaya siasatan dapat dilakukan ke atas isu laporan Bloomberg berkenaan arahan PMX kepada SPRM ini. 


Sekian, salam.


ISHAM JALIL