Laporan Polis Ke Atas Tun Faisal! PEMIMPIN WANITA PAS ADA LV sebar FITNA...


Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (WP) telah membuat laporan polis ke atas Datuk Tun Faisal Ismail Aziz kerana memuat naik artikel berbaur fitnah di laman Facebooknya. Ketua Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO WP, Nasrun Nasaruddin berkata, hantaran yang dibuat pada 27 Ogos lalu itu berbaur fitnah dan mencabar kredibiliti Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan lantikan Perdana Menteri. “Saya bersama dengan seluruh Ketua Pergerakan Pemuda dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO dalam WP hadir ke Balai Polis Setapak, membuat satu laporan polis terhadap Datuk Tun Faisal Ismail Aziz mengenai hantaran di laman Facebooknya yang bertarikh 27 Ogos 2024 bertajuk ‘Zahid Patutnya Disiasat Atas Kesalahan Menderhaka Dan Menipu Yang di-Pertuan Agong, Anwar Dan Zahid Juga Perlu Buktikan 10 SD Yang Bertindih Ni Siapa Punya’. “Bagi kami Pergerakan Pemuda UMNO WP, artikel ini secara tidak langsung telah menimbulkan rasa tidak puas hati, memfitnah, mencabar kredibiliti Presiden UMNO dan mempertikaikan peranan serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong ke-16 dalam urusan lantikan Perdana Menteri. “Kami mewakili Penerangan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Wilayah Persekutuan mendesak agar siasatan dapat dilakukan dan tindakan sewajarnya harus diambil sekiranya beliau didapati bersalah,” katanya dalam satu sidang media, pada Khamis. Pada Selasa, Tun Faisal memuatnaik satu hantaran di laman Facebooknya mengatakan bahawa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah menipu dan mengelirukan Yang di-Pertuan Agong ke-16 kerana dikatakan mempunyai kesemua 30 akuan bersumpah (SD). Menurutnya, pendedahan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau mempunyai 115 SD mengandaikan Ahmad Zahid dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak mempunyai majoriti untuk mengangkat sumpah. Menerusi hantaran tersebut, beliau turut mendesak Anwar untuk membuktikan bahawa beliau mempunyai sokongan cukup bagi menjawat jawatan Perdana Menteri. – UMNO Online






No comments: