DATUK DR. MASHITAH DISIASAT PDRM! KPN & MENTERI NGA KEJUTKAN RAKYAT!


Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuka kertas siasatan ke atas Datuk Dr. Mashitah Ibrahim yang didakwa terlibat dengan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, PDRM diberikan sepenuh kepercayaan untuk menyiasat kes membabitkan bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu. “Aduan (laporan) sudah dibuat dan PDRM juga membuka kertas siasatan. Jadi biar proses (siasatan) itu berjalan dahulu. “Tidak perlu timbulkan spekulasi, saya serahkan kepada profesionalisme PDRM untuk menyiasat dakwaan berkenaan,” katanya ketika ditemui pada program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) di Kampung Baru Pulau Redang semalam. Dalam perkembangan sama, Saifuddin mengakui jenayah rentas sempadan antara negara-negara Asia Tenggara amat membimbangkan. “Semua negara (ASEAN) mengakui ‘trend’ jenayah rentas sempadan meningkat termasuk kes pemerdagangan manusia. “Kita juga bersetuju berkongsi maklumat perisikan bagi membanteras jenayah rentas sempadan daripada terus berleluasa,” katanya lagi. Mashitah sebelum ini menafikan penglibatannya dalam aktiviti sebuah kumpulan sindiket pemerdagangan manusia di Myanmar. Tegasnya, dakwaan yang dibuat oleh sebuah badan bukan kerajaan (NGO) itu berdasarkan maklumat diperoleh daripada media picisan di Indonesia. Dia juga berkata tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah kepada pihak yang cuba mengaitkan dengan fitnah itu bertujuan menjatuhkan reputasi dirinya.