AMARAN TEGAS KEPADA GENG PENGHASUT KAUM DITUJUKAN KEPADA SIAPA?


Sempena Amanat Hari Kebangsaan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran tegas kepada sesiapa sahaja yang berani menghasut rakyat sehingga membawa ke arah keganasan, kebencian dan permusuhan. Anwar berkata, kerajaan akan gunakan segala kekuatan yang ada supaya kelompok yang membawa hasutan kaum tidak terlepas dari tindakan undang-undang. “Andai kata ada mana-mana kelompok kecil yang bawa hasutan kaum ke arah keganasan, kebencian dan permusuhan antara satu sama lain… “Saya tidak peduli apakah disenangi media antarabangsa atau luar, tugas kita adalah selamatkan negara kita yang tercinta ini. “Kita gunakan segala kuasa dan kekuatan yang ada. Kalau tidak cukup, kita pinda, tambah peruntukan undang-undang. “Kita ambil tindakan supaya negara ini selamat dan dapat diangkat menjadi negara hebat di rantau dan dunia ini,” katanya di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di Putrajaya hari ini. Dalam ucapan sama, beliau turut mengajak rakyat Malaysia benar-benar memaknai erti kemerdekaan sempena Hari Kebangsaan 2024 yang akan disambut pada esok.