LAWATAN PMX KE BUKIT MERTAJAM DAN KUBANG SEMANG ,PEEMATANG PAUH.

 


Usai program di Sekolah Menengah Tinggi Bukit Mertajam, saya kemudiannya meluangkan masa melawat beberapa wad Hospital Bukit Mertajam sambil menyantuni pesakit dan warga hospital.







Sempat melawat kuarters diduduki keluarga kami sewaktu ayah saya berkhidmat sebagai ‘dresser’ (pembantu perubatan) di hospital tersebut pada 1955 sehingga 1959, hatta ia mempunyai tempat istimewa di hati keluarga saya.


Kuarters itu kini dijadikan pejabat urusan pentadbiran pembangunan hospital. 


Usai, saya melihat sendiri mesin Multidetector Computed Tomography (MDCT) Scanner, pemberian daripada Kerajaan menerusi Kementerian Kesihatan Malaysia dan pastinya bakal memberi manfaat kepada pesakit di hospital ini.


Mendoakan seluruh warga hospital terus semangat bekerja dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat setempat.


#MalaysiaMADANI



No comments: