‘PAS MASA ADA KUASA SATU PUN TIDAK DIBUAT’ – YAAKOB SAPARI



Pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman diingatkan agar tidak termakan propaganda Pas mencela atau mempersoalkan setiap tindakan Kerajaan Perpaduan yang kononnya didakwa tidak Islamik serta menzalimi rakyat.

Menurut mantan Exco Selangor, Dr Yaakob Sapari, ketika Pas berkuasa mereka rekod perkhidmatan mereka lebih buruk daripada Kerajaan Perpaduan dan hanya leka dengan kedudukan sebagai menteri atau menjaga jawatan di peringkat kerajaan pusat.

Katanya, Pas tidak melakukan perkara yang sepatutnya mereka buat ketika berkuasa tetapi apabila telah hilang kuasa menuduh pemimpin kerajaan semasa tidak menjaga Islam atau tidak memberi perutukan kepada pembangkang dan sebagainya.

“Saya nak share, satu hari saya bercuti di sini. Duduk di hotel Awana Kijal (di Kemaman). Elok saya sampai (tiba) Maghrib, saya nampak kereta Menteri. Rupanya Timbalan Presiden Pas (Tuan Ibrahim), saya jumpa dia.

“Saya kata, datuk nak buat apa pun datuk buatlah ketika ada kuasa. Nak pinda akta, pindalah. Nak jadikan istilah royalti (bagi Terengganu dan Kelantan) satu yang wajib masuk dalam Perlembagaan, buatlah.

“Rupa rupanya, 33 bulan jadi kerajaan apa pun tak dibuat. Saya pernah jadi exco. Nak ubah, ubah waktu ada kuasa.

“Tetapi dia (Pas) syok jadi Menteri, apa pun tak dibuat. Bila tak ada kuasa, hari ini menjerit kenapa tak dibuat (kerajaan semasa)?” soalnya .

Tegas Yaakob, Pas tidak sewajarnya memperkecilkan program atau skim yang diperkenalkan oleh Kerajaan Perpaduan kerana usaha itu telah berjaya meringankan beban hidup rakyat.

Sedangkan, kata beliau sepanjang 33 bulan PN memerintah Kerajaan Persekutuan banyak perkara yang tidak beres dan diselesaikan oleh mereka.

“Kita (Kerajaan Perpaduan) baru genap setahun. 12 bulan. Dia 33 bulan tak buat apa apa. Saya jumpa supol dia di surau Dewan Negara. Saya kata YB nak tukar istilah, tukar sekarang. Biar perkataan dalam bajet (peruntukan) itu jelas. Tetapi apa pun tak dibuat.

“Berhimpun di KL menangis nangis berdoa RUU 355. Jadi kerajaan apa pun tak buat. Ini berhimpun lagi, apa pun tak dibuat,” kata Yaakob mempersoalkan isu hukum hudud.

Terbaharu, Pas mengajak rakyat menentang Kerajaan Perpaduan apabila ada pihak yang berani mencabar undang undang jenayah syariah di Kelantan yang hukumannya bertindih dengan undang undang sivil.

Sedangkan cabaran tersebut telah difailkan di mahkamah pada era PN memerintah, dan tidak mendapat sebarang reaksi para pemimpin Pas pada ketika itu.



 

No comments: