KERAJAAN ‘BUNTU’: MUHYIDDIN YANG BUNTU – ADAM ADLI


Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Adam Adli Abdul Halim menyifatkan kenyataan Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai ‘buntu’ apabila mendakwa kerajaan gagal membangunkan ekonomi menerusi ucapan perhimpunan parti itu, semalam.

Jelas Adam, kerajaan pada ketika ini berjaya membawa ekonomi ke arah yang lebih baik dengan pelan dan perancangan ekonomi jelas untuk negara.

“Saya rasa dia yang buntu, kita buat semua perkara Kerangka Ekonomi Madani misal kita meletakkan perkara asas dan berstruktur.

“Oleh itu, saya melihat perkara yang cuba dibangkitkan itu hanya untuk menyedapkan hatinya sendiri,” katanya .

Sementara itu, bagi memenangkan calon Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman, Adam Adli berkata, AMK akan turun membantu rakan komponen dalam blok Perpaduan itu.

“PRK Kemaman kita telah pun menghantar AMK Terengganu dan Kelantan turun membantu terutamanya seusai Kongres.

“Saya sendiri dan rakan-rakan daripada Pusat akan turun ke Kemaman,” ujarnya lagi.

Semalam, Muhyiddin menyatakan pentadbiran Perdana Menteri Anwar Ibrahim telah buntu untuk memulihkan ekonomi Malaysia kerana pertumbuhan yang tidak tinggi tahun ini dan kenaikan harga barang pengguna.


No comments: