DIALOQ ISLAM DAN KONFUSIANISME DI KUALA LUMPUR

 












Pagi ini saya dan Azizah menghadiri Program Dialog Islam dan Konfusianisme di Kuala Lumpur. 


Turut hadir Duta Besar Republik China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing; Menteri Sains, Teknologi dan Invovasi, Chang Lih Kang, serta Prof. Dato’ Dr Osman Bakar yang kini memegang Kerusi Al-Ghazali dalam Epistemologi dan Kajian Pembaharuan Peradaban di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).


Dialog ini adalah bertitik tolak daripada penganjuran Seminar Antarabangsa Islam dan Konfusianisme: Dialog Ketamadunan di Universiti Malaya pada 1995, yang turut saya hadiri dan sampaikan ucapan ketika itu.


Dalam ucaptama hari ini, saya zahirkan penghargaan kepada Prof. Dato Dr. Osman Bakar atas usaha panjang beliau dalam dialog seperti ini. Usaha yang berterusan penting untuk memupuk sikap menghormati perbedaan dalam jamak budaya dan latar belakang.


Saya turut singgung inisiatif menghayati kebijaksanaan Islam dan Konfusianisme, antara lain mendorong kita berusaha ke arah masa depan yang bukan sahaja maju dari segi teknologi tetapi juga dari sisi moral.


Malaysia mesti memimpin dalam menunjukkan contoh dunia yang lebih inklusif di mana dialog yang mempromosi keharmonian dapat berkembang di tengah-tengah kepelbagaian kaum, agama dan latar belakang. 


Saya turut berpeluang berinteraksi secara dalam talian dengan sahabat saya, Prof. Tu Wei Ming, Professor Emeritus dan Felow Kanan Pusat Asia, Universiti Havard, Amerika Syarikat yang sudi berkongsi hikmah dan pandangan dalam isu dialog dan peradaban.


#MalaysiaMADANI