JIKA KERAJAAN LIBERAL, TIDAK MUNGKIN BEKAS PANGLIMA ATM JADI CALON



Kerajaan Perpaduan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah kerajaan yang membela Islam dan Melayu apabila bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor sudi menjadi calon BN.

Menurut Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, seorang askar Melayu tidak mungkin akan menyokong sebuah kerajaan yang didakwa liberal oleh Pas kerana sumpah setia mereka adalah mempertahakan Raja, tanah air dan agama Islam.

“Alhamdulillah, saya tak sangka bijaksana UMNO-BN memilih bekas Panglima ATM menjadi calon di Kemaman ini. Saya (mantan) Menteri Pertahanan sempat bersama Tan Sri Raja Affandi ini.

“Ertinya kalau kita ini tak memperjuangkan Melayu, tidak mempertahankan Islam, adakah bekas Panglima ATM sedia menjadi calon kita?

“Orang macam ini jadi calon kita tengah mereka kata Islam terancam, Islam tidak terjamin dan dia sudi jadi calon BN. Ini orang yang ada pemikiran strategis, hak Melayu, raja Melayu, ada dalam pemikiran mereka. Sebab mereka bersumpah mempertahankan kedaulatan negara.

“Sebab itu Islam terancam, Melayu terancam dengan turunnya Tan Sri jadi calon, kita harap kawan (Pas) kita tolong tutup kamus kamu itu. Kita yakin Tan Sri inshaAllah akan menang dan membawa satu ombak baru untuk menghakis mengatakan kerajaan kita ini Islam terancam, kedudukan Melayu terancam,” katanya dalam ceramah di Kemaman semalam.

Selain itu, Mohamad juga mengingatkan pengundi di Kemaman agar tidak tertipu dengan isu dimainkan Pas ketika ini mengenai cabaran ke atas undnag undang syariah Kelantan, sedangkan sewaktu mereka berkuasa 33 bulan, Rang Undang Undang 355 yang diperjuangkan tidak langsung di bawa ke Dewan Rakyat.

“Islam terancam bila tak ada kuasa, usul 355 dibawa oleh Marang. Berkali kali usul terlepas ke bawah kerana urusan kerajaan didahulukan.

“Takdir Allah mereka dapat kuasa di Sheraton Move. Masa mereka ada kuasa mereka bawa tak 355 ini? Kenapa? Bila dah hilang kuasa sekarang timbul balik.

“Sekarang berkumpul di depan mahkamah (Putrajaya). Doa bukan main panjang. Doa maki orang. Suruh Tuhan buat semua. Ya Allah musnahkan lawan kami ….,” katanya.

Oleh itu, Mohamad mengharapkan akan berlaku perubahan dengan menangnya calon BN di Kemaman dan gelombang perubahan akan melanda orang Melayu.

“Perubahan bermula di sini. Ombak di Kemaman ini akan melanda sampai ke Besut.

“Untuk di negeri Terengganu, kalau nak rampas semula dari kerajaan Pas, Umno kena kuat semua di Terengganu.

“Tetapi kalau orang Melayu tak mahu bersama Umno semula, maka kekal pemerintahan sekarang ini, perjuangan mereka berlaku bila tak ada kausa. Bila ada kuasa mereka elak apa yang mereka canangkan,” katanya lagi.


No comments: