Takut dengan Islam?

 Takut dengan Islam?


Soalan: 


Ustaz, kenapa ustaz tak suka Pas? Ustaz takut ke Islam ditegakkan?


Jawapan:


Tak, saya tak takut dengan Islam. Tapi saya takut dan bimbang Islam rosak dan nampak hodoh melalui perjuangan Pas. 


Soalan: 


Kenapa?


Jawapan: 


Kerana cara Pas perjuangkan Islam cara keras. Mula2 berjuang dah nak buat hukum, dalam ucapan pemimpin2 pun suka menghukum, berbeza pendapat dengan mereka terus dihukum tak Islam atau kafir, munafik, atau anti Islam atau sekular atau liberal. 


Kerana Pas tidak menambah ilmu dan kefahaman Islam sebenar kepada masyarakat berdasarkan ajaran sebenar. Sebaliknya Pas mengambil kesempatan kecetekan ilmu dan kefahaman orang Melayu terhadap Islam dengan mempromosikan Islam kekerasan dan perkauman. Lawan politik dituduh sewenangnya sebagai alat penjajah, ejen asing, cuba melawan agama Allah, komunis.


Kerana Pas suka mengubah-ubah hukum dan fatwa ikut musim. Memanglah hukum boleh berubah dengan berubahnya suasana, sebab atau 'illah. Tapi perubahan hukum itu berdasarkan kepentingan umum umat Islam atau maslahah 'ammah, bukan kepentingan parti Pas. Jadi Pas telah memperlihatkan permainan tukar2 hukum dengan menunggang agama.


Kerana Pas gagal menunjukkan kualiti dan kompetensi bila memerintah. Nak tahu kualiti pemerintahan Pas tengoklah Kelantan sejak lebih 30 tahun dan Terengganu (sejak 5 tahun) serta Kedah (sejak lebih 3 tahun). Kalau diukur dan dibanding, semua aspek pentadbiran kerajaan negeri di bawah Pas terkebelakang berbanding negeri lain KECUALI dari aspek ramainya ustaz atau agamawan dalam pentadbiran Pas dan hebatnya mereka berceramah. Di Kota Bharu ada pentas khas untuk pemimpin Pas berceramah secara mingguan. Tapi stesen basnya elok sedikit saja daripada kandang lembu.


Kerana Pas tidak mampu menunjukkan kelebihan pentadbirannya berbanding pentadbiran di negeri Umno atau Dap. Kalau Pas berjaya tunjukkan pentadbiran Islam mereka lebih baik, tak sempat esok saya isytiharkan sokong Pas. Yang Pas berjaya ialah cipta slogan saja.


Habis soalan..


Ok2 ustaz, cukup, cukup.. nanti saya sampaikan nasihat ustaz kepada Dato Seri Tuan Guru Ayoh Chik...😁


Eh, tapi saya tak pandai buat perumpamaan dengan binatang.. 😀



No comments: