MENGAPA MASIH RAMAI GENG PN YANG MEROYAN??



SITUASI 1


Tidak ada satu parti pun yang diisytiharkan oleh SPR memperolehi majoriti mudah selepas semua keputusan PRU 15 diumumkan. 


SITUASI 2 


PN mengumumkan dah cukup jumlah untuk membentuk kerajaan dan sedang menunggu dipanggil ke istana untuk bentuk kerajaan.


SITUASI 3


Istana mengumumkan tidak ada parti yang cukup majoriti (112 kerusi) untuk bentuk kerajaan dan akan panggil Ketua Ketua parti mengadap.


SITUASI 4.


DSAI memaklumkan YDPA menitahkan menubuhkan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti, semua kaum dan semua kawasan.


Muhyidin mengumumkan PN menolak cadangan YDPA untuk tubuh Kerajaan Perpaduan.


BN mengumumkan untuk kekal sebagai pembangkang.


SITUASI 5


YDPA menitahkan BN menubuhkan kerajaan Perpaduan bersama PH (setelah PN menolak cadangan YDPA). YDPA juga mencadangkan parti parti di Borneo terlibat sama dalam kerajaan Perpaduan.


SITUASI 6


PH, BN, GPS, GRS, Warisan dan beberapa pihak lain di Borneo setuju menubuhkan Kerajaan Perpaduan dan menyokong DSAI sebagai PM ke 10


SITUASI 6


YDPA melantik DSAI sebagai PM ke 10 dan DSAI menubuhkan kerajaan Perpaduan setelah tidak ada parti atau gabungan parti parti yang memperolehi majoriti mudah dalam PRU 15 


KESIMPULAN


Tidak ada pakatan antara PH, BN, PN dan parti parti lain untuk menubuhkan kerajaan sebelum PRU 15.


Setelah keputusan rasmi PRU 15 diumumkan dan tidak ada parti yang memperolehi majoriti mudah, maka YDPA menitahkan supaya ditubuhkan kerajaan Perpaduan yang diketuai oleh PH sebagai pemenang kerusi terbanyak. Tawaran pertama diberi kepada PN Dan PN telah menolak cadangan ini atas alasan tidak mahu bersama PH dan mereka yakin ada jumlah kerusi yang cukup untuk tubuh Kerajaan.


YDPA kemudiannya menitahkan pula kpd BN menubuhkan kerajaan Perpaduan bersama PH, BN dengan penuh takzim menjunjung titah ini wpun di peringkat awal telah buat keputusan utk tidak bersama PH atau PN bagi menubuhkan kerajaan, BN memilih utk kekal sebagai pembangkang sebagaimana keputusan rasmi PRU 15.


Maknanya penubuhan kerajaan Perpaduan yang melibatkan PH, BN dll parti parti dari Sarawak dan Sabah adalah kerana menjunjung titah perintah Tuanku YDPA, bukan atas inisiatif antara parti untuk bergabung menubuhkan kerajaan campuran.


Terimalah realiti ini walaupun pahit dan masing masing terpaksa menggadai perinsip dan keputusan asal demi masa depan negara dan kepentingan rakyat yang perlu didahulukan .


No comments: