KALUTNYA SANUSI MENGHENTAM PENYOKONG.-APAKAH MODUS OPERANDI BUDAK TIKTOK DIBAYAR ?

 

Ibrahim Mat Isa


Kecoh sungguh kejadian dalam kandang PAS. Penyokong disogok janji bayaran untuk mengundi parti mereka, tapi bila dituntut, pemimpin marah-marah sambil menuduh pengundi seolah-olah keparat dan sengkek.


Ada yang dapat dengan bersumpah, ada yang tak dapat justeru sumpah menyumpah. Nampaknya betul-betul PAS mewarisi kerja yang sudah tidak dibuat oleh UMNO sekarang.


Ada dua kemungkinan. Pertama Sanusi dah bagitau semasa kempen di Tambun bahawa duit sudah turun. Mungkin berkepuk-kepuk! Sebahagian digunakan dan sebahagian lagi.....? Seterusnya yang kedua Ops, admin tidak berani menelah, tapi selalunya portion berkenaan sembunyi di mana-mana. Habis PRU boss membahagi satu untuk kau satu untuk aku.



Pendek cerita, PAS melalui induk mereka PN berbelanja super mewah untuk memenangi PRU. Selain bayaran dalam sampul, bayaran tunai dan di majlis tertutup mereka bersalam kaut, mereka gunakan khidmat berbayar ke semua channel media sosial.


Khabar dari risikan, tiga hari sebelum mengundi apabila PN menghidu kekalahan yang pasti, satu arahan supaya gelombang perkauman ditiup. Sebab itu aplikasi Tiktok telah dihujani kempen berani mati, tragedi 13 Mei, Cina komunis membunuh dan segala sesuatu ancaman yang menyebabkan rakyat menjadi resah.


Budak tiktok dengan slogan yang sama. Mempertikaikan keislaman orang lain.#PDRM








Mereka berbelanja beratus juta ringgit hanya tujuan meraih undi dengan membayar promosi Tiktok serta influencer berbayar asalkan rakyat beralih untuk tidak mengundi BN atau PH. Yang menjadi sasaran mereka cuma DAP dan Cina.


Itu serba sedikit yang dapat admin kongsikan. Selebihnya anda boleh tonton penerangan post-mortem kekalahan beberapa zon yang pernah menjadi kubu PH dan BN di YouTube atau TikTok. Cari sahaja pasti ketemu.


Thanks in advance.

Admin Sarp Yilmäz



No comments: