NORMAN RADZUAN
Jangan layan LANGAU, KPI 300 hari makes sence
ROM TIDAK DIBANGUNKAN DLM SEHARI
‘Kota Rom tidak dibangunkan dlm sehari’ bermaksud sesuatu
perubahan itu memerlukan proses, perjuangan dan waktu. Pencapaiannya
menyaksikan perit jerih dan pertumpahan darah utk mendominasi kuasa
pemerintahan dan terbina kota Rom yg gah itu.
Begitulah Malaysia sebuah negara yg sakit. DS Anwar ketika
bertemu dgn KSN dan Pegawai2 nya bila dimaklumkan hutang negara sebanyak RM 1.3
trillion…beliau terdiam seketika, memejamkan matanya dan menarik nafas barangkali
di hatinya berkata…” Negara ini sedang nazak”.
Namun musuh politiknya terus menyerang tanpa ehsan malah penuh
dgn dendam walaupun beliau baru mengangkat sumpah dan belum lagi menyeneraikan
barisan kabinetnya. Sedangkan jika kita berniaga mustahil dlm seminggu kita
diminta utk membuktikan kesuksesan bisnes kita.
Ditanya saya adakah patut kerajaan ini yg mengambil alih dari
sebuah negara yg sakit tenat diberi tempoh 100 hari utk melihat petunjuk
prestasi utama (KPI). Kerajaan jgn berjanji tempoh tersebut dan tempoh terbaik
utk menilai KPI tersebut adalah 300 hari.
Ibarat seorang Dr menerima pesakit iskemik stroke utk
disembuhkan dlm tempoh yg sama dgn pesakit minor stroke. Jadi kena makes sence
sepertimana utk menyembuhkan penyakit yg dihadapi negara yg berhutang lebih RM
1 trillion.
Selepas 300 hari barulah kita menilai KPI adakah ia mencapai
sekurang kurang 80%-90% kejayaan di setiap kementerian. Namun ia bukan full
stop tetapi comma… iaitu reformasi itu mesti berterusan. KPI sebenarnya
kerajaan Perpaduan secara keseluruhan adalah menjelang Oktober 2027.
———————————————————————————-
MUHYIDDIN DAN HADI JGN JADI LANGAU
Seperti saya jangka pengumuman Kabinet Anwar, ia pasti mendapat
kritikan bakal Ketua Pembangkang, Muhyiddin Yassin. Beliau tidak pernah positif
dan tidak pernah jujur walaupun saham dan ringgit mengalami pemulihan.
Pandangan saya jgn dilayan ‘langau’ ini. Teruskan agenda
pemulihan ekonomi dan perpaduan kaum. Bila Muhyiddin menjual pantun dan dan PH
sudah membelinya skg tiba giliran utk menjualnya kembali.
Baik Muhyiddin kamu kata ini Kabinet paling mengecewakan dlm sejarah
skg kamu jawab ini?
1) Agong telah meminta kamu bekerjasama dgn PH utk membentuk
kerajaan Perpaduan tetapi kamu dgn angkuh menolak. Lalu kamu kata kerajaan ini
paling mengecewakan.
2.) Ketika kamu menjadi Perdana Menteri adakah dgn menggunakan
berbillion dana rakyat membentuk kabinet paling besar dlm dunia itu terbaik?
Adakah Scheme of things helah yg digunakan oleh kamu Muhyiddin
untuk mengkhianati mandat rakyat 2018 itu bermaruah utk ghanimah secara besar
besaran?
3) Adakah dgn menggunakan RM600 billion dlm pemerintahan yg
singkat itu bermaruah dan telus?
Rakyat tidak diberi penjelasan malah apabila Parlimen di gantung
setiap perbelanjaan boleh dibuat sewenang wenang tanpa ada tatacara yg jelas.
—————————————————————————-
Sepatutnya bila Muhyiddin mengaku ingin menjadi pembangkang yg
wibawa sebagai chk and balance kerajaan memerintah, mantan PM ini mesti melihat
perspektif lebih luas dan profesional demi kesejahteraan rakyat.
Jika dahulu parti atau gabungan dlm kerajaan ini bermusuh, namun
kali ini demi kesejahteraan rakyat, mereka sanggup mengetepikan ego dan
bekerjasama atas semangat memperbaiki dan menaikkan semula nama negara.
Begitu juga Hadi Awang kasihanilah rakyat yg ingin pemulihan
ekonomi tetapi kamu terus ganggu gugat kestabilan politik mengkritik berbau
perkauman kerajaan baru ini tanpa memberikan saranan dan pandangan berfaedah.
Buat Muhyiddin diam seketika bila tiba PRU16 kita bepencak silat
semula dan mari bersama sama bina kembali negara. Bak kata orang Iban, ‘entik
begempung kitai sepanjung, entik pamar kitai dekat ngepar’ bermaksud kita
bersatu, suara kita akan lebih didengar, jika berpecah usaha kita sia2.
Baiklah KPI 100 HARI yg saya ingin PEMBANGKANG lalukan sebagai
pembangkang yg wibawa ialah…
Kamu buktikan dalam pemerintahan 100 HARI KERAJAAN PERPADUAN ini
mana-mana masjid yang tidak boleh azan, mana budak-budak sekolah kena pakai skirt, mana
anak Melayu menjadi tahanan komunis dan mana orang Melayu yang telah menjadi
gembala babi?