KERAJAAN PERPADUAN Part 3







Let’s go back to the night after PRU. Ditakdirkan, tiada siapa dapat tubuh Kerajaan. Kerusi PH 82, PN 73, BN 30, GPS 23.

Ding dong ding dong cari nombor. Sampai la ke istana. Agong nak Kerajaan Perpaduan. Maknanya semua parti dalam Kerajaan. Agong tanya PN, mereka menolak. Agong tanya PH, mereka setuju.

Yang lain tow the line, BN dan GPS. Eventually, semua masuk dalam kolam sama. GRS dan Warisan. Agong punya kerja. Namun sampai sudah PN berkeras, menolak masuk Kerajaan Perpaduan ini.

Ada orang tanya saya, ini Kerajaan Perpaduan ke Kerajaan Minoriti? Pada saya dua2 pun bukan. Agong titah nak Kerajaan Perpaduan, tapi ada orang ingkar. Makanya Kerajaan yang tertubuh bukan Unity Govt/ Kerajaan Perpaduan. Sebab semua parti politik tak bersatu untuk tubuh Kerajaan.

Ia lebih kepada Kerajaan Campuran atau Coalition Govt. Gabungan antara banyak parti. Untuk tubuh Kerajaan. Sama je masa zaman PN dan MN hari tu.

Ia juga BUKAN Kerajaan Minoriti yang PN dok kata. Kerajaan Minoriti tu bila Parti yang menang tak cukup nombor. Maka kena buat Perjanjian Confidence and Supply (CSA) untuk dapat undi melantik PM.

Dan tidak semestinya mereka dilantik dalam Kabinet. Mereka boleh stay dalam Parti dan jadi parti yang mesra Kerajaan. Ini yang cuba dibuat TSMY hari tu, bila dia dapat SD 10 MP UMNO.

Makanya kalaupun PN dapat tubuh Kerajaan hari tu, mereka lagi downgrade statusnya, bukan saja tak boleh tubuh Kerajaan Campuran. Hanya jadi Kerajaan Minoriti. Kerana terima sokongan hanya melalui SD and CSA daripada 10 ahli parti lain. Tanpa sokongan Majlis Tertinggi.

Kena ingat, pindaan ke atas Perlembagaan untuk anti lompat parti, menghalang sokongan individu terhadap PM. Perlu diberikan mengikut parti secara en bloc. Makanya, saya diberitahu itu yang dinasihatkan oleh AGC kepada Agong.

Of course, Agong nakkan stabiliti. Kalau tak dapat Kerajaan Perpaduan, the very least dapat la Kerajaan Campuran dengan 2/3 majoriti. Harap2 jangan yang buat perangai nak tebuk atap lagi. Tunggu la 5 tahun lagi.

**************************************************

Sekarang Kerajaan yang ada, dah buat boo boo pertama. Lantik Kluster Mahkamah sebagai TPM, jenuh Malaysia kena bahan. Kata mereka, tak boleh buat apa. Ini ikut parti yang ada, dan YDPA pun tak kata apa. Sudah endorse pula.

Kita yang dibawah ni sangat la kecewa. Both sides actually. Satu side ketegaq taknak ikut cakap Agong. Satu side lagi, macam mana la tak boleh manage that Presiden nan satu.

Cuma satu, if you force this down our throats,

3 benda kita minta:

1. Jangan nak campur tangan urusan Mahkamah. Biar DPP dan Hakim buat kerja. Dah masuk stage prima facie tu. Jangan senang lenang nak lepaskan kes bagitu saja.

2. Yang dah ke dalam jangan diusik. Kalau orang lain dapat ampun bila dah hukuman dah berjalan separuh tempoh, patutnya beliau pun sama. Jangan lepas bulan depan pula.

3. Now the stakes are super high. Barisan Kabinet kena perform. Jangan buat boo boo lain. Komitmen pun kena padu. Segala reformasi yang dijanji dulu kena dikota. Jangan lagi dikona2.

Rakyat dah letih sebenarnya. Doakan Allah lindungi kita dan Malaysia.

Salam hormat,

Liyana Marzuk

 

No comments: