SIKAP DAP SEBAGAI SAHABAT






Contoh sikap setiakawan yang baik. DAP rela tak berada dalam kerajaan jika itu keperluan untuk membolehkan DS Anwar jadi PM.

Namun DS Anwar tetap mahukan DAP bersama walau itu bermakna rintangan untuk beliau diangkat menjadi PM semakin bertambah.

Berkat usaha dan kesabaran, akhirnya DS Anwar jadi PM dan DAP ada dalam kerajaan. Bahkan ada 4 MP DAP yang dilantik menjadi menteri.

Aku salute kesemua mereka ini. Tapi memang betul DAP menang kerusi paling banyak dalam PH hanya diberikan empat jawatan menteri.

Sebenarnya ini untuk kebaikan PH amnya dan DAP sendiri khasnya. Dengan hanya 4 orang menteri, isu yang kononnya DAP kawal PH akan mati.

Jelas ketua sebenar dalam PH adalah DS Anwar. Masakan DAP cuma dapat 4 kerusi menteri kalau mereka yang kawal PH dan DS Anwar.

Dan jelas juga bahawa DAP tidak gila kuasa serta bercita-cita hapuskan hak orang Melayu. Dengan kementerian yang mereka ada, apa hak Melayu yang boleh mereka hakis?

Kesemua kementerian yang utama dipegang oleh orang Melayu. Jadi Melayu nak takut apa lagi? Isu apa lagi nak dibangkitkan

Tapi rasanya geng meroyan akan kata ini semua lakonan. Nanti bila orang Melayu dah percaya baru DAP akan tunjuk belang mereka.

Mungkin. Tapi tengok dulu pemimpin Melayu yang mereka sokong. Punyalah gila kuasa, sampai tak mahu beralah. Bila tak dapat jadi kerajaan, meroyan pulak dia...

Di Perak, walaupun kerusi DAP banyak, mereka beralah kepada BN yang jauh kurang jumlahnya. Tapi di Pahang, beza 1 kerusi pun berkira macam nak matai.

Diharap pemimpin DAP dapat gunakan peluang ini untuk hapuskan stigma orang Melayu terhadap mereka. Bila orang Melayu tak lagi takut kepada DAP, baharulah PH benar-benar kuat.

Apa pun, sebagai penyokong PH, aku gembira dan sangat bangga dapat melihat toleransi sebegini berlaku dalam gabungan ini.

InsyaAllah, kali ini negara kita akan dapat kembali ke landasan kejayaan dan kita akan hidup dengan sejahtera dan makmur. Guane boh?

Raja Gelap

 

No comments: