KABINET- KLUSTER MAHKAMAH
Part 2
Tadi saya dah up posting mengenai susunan Kabinet. Boo boo awal
yang PM10 buat untuk lantik DSZH sebagai TPM. Itu beyond him kata mereka. Kalau
tidak Kerajaan takleh survive. Ramai kecewa. Termasuk yang undi PH hari tu.
Pendirian saya konsisten, masa Kluster Mahkamah nak kacau
pentadbiran TSMY tahun 2021, saya dapat tip off dari little bird. Saya up
posting mengenainya. Warned them. Dan kena kecam berjemaah dengan cytro. 3 hari
lepas tu. All came true. Mereka jatuhkan Kerajaan.
Sekarang, the scheming is here. Dibuat pada Kerajaan baru pula.
DSZH dilantik jadi Menteri Luar Bandar… and wait for it!… Pembangunan Wilayah.
Maknanya kuasa Menteri Wilayah di bawahnya.
Menteri Wilayah ni jadi salah satu Ahli Lembaga Pengampunan
Diraja untuk kes Rayuan Merpati. Adakah disusun sampai begitu sekali?
On top of that, kita dapat Azalina Othman sebagai Menteri
Undang2. Beliau yang kata, UMNO kena ada AG sendiri. Adakah semua ini komplot
menyucikan Kleptokrasi?
Kesian Pendakwaraya kita, yang berusaha cucikan negara daripada
rasuah dan salahgunakuasa. Kes2 berprofil tinggi yang mereka dakwa. Melibatkan
pemimpin UMNO pula. Adakah Azalina akan buat witch hunting dan kenakan mereka?
Kalau ini berlaku, rakyat kena bangkit. No one is above the law.
Kalau pemimpin kita senang2 disucikan dari kes rasuah dan salah guna kuasa,
maknanya ada SPRM takde la makna.
Undang2 adakah hanya terpakai pada marhein, bukan kayangan?
Lepas ni, orang tak takut la nak buat rasuah secara terbuka. Kalau sangkut kes,
boleh adjust semuanya.
DSAI kena transparen dan terbuka. Adakah ini taktik nak lepaskan
Klepto supaya beliau kekal berkuasa? Mungkin pada dia matlamat menghalalkan
cara. Namun pada rakyat biasa, itu bukan yang kami undi dan minta.
On the flip side, kita juga nak tengok apa sebenarnya berlaku
semasa PN berkuasa? Dengan dana besar mereka ketika pilihanraya. Dengan
pelbagai tuduhan salah guna kuasa. Perlu disiasat juga.
Ntah2 dalam tu, ramai bakal Kluster Mahkamah juga. Adakah sebab
itu, by hook and by crook, kena berkuasa semula?
Salam hormat,
Liyana Marzuki