Sambutan Deepavali Peringkat Parlimen Tambun
Meraikan majlis sambutan perayaan Deepavali bersama masyarakat
Tambun di perkarangan Pusat Khidmat ADUN Hulu Kinta.
Saya sebut bahawa perayaan ini disambut sebagai tanda atau
simbol kemenangan spiritual dalam melawan kebejatan.
Sambutan perayaan seperti ini juga diraikan rakyat tanpa mengira
latar belakang kaum serta agama dan ia berjaya membina rasa hormat dan sikap toleransi
di kalangan masyarakat majmuk di negara ini.
Atas semangat yang sama, saya juga ingin menyeru atas nama
perpaduan dan prinsip hidup berdamping untuk memberi dukungan kepada Harapan
yang merangkumi pemimpin daripada pelbagai kaum dan lapisan masyarakat di
Malaysia.