PEEERGGHHHH : HABIS LA LEBAI . MB PAHANG TEKAD PASTIKAN PAS KALAH SEMUA KERUSI DUN

 

Pengerusi Umno dan Barisan Nasional (BN) Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail bertekad memastikan PAS tewas lapan kerusi dewan undangan negeri (DUN) yang dimenangi parti itu pada pilihan raya umum lalu. 

Wan Rosdy berkata, PAS sanggup ‘kehilangan’ lambang perjuangan mereka apabila menyertai gabungan Perikatan Nasional (PN).

“Dulu bersama dengan kita, sekarang lambang dia dah takde, takde dah lambang itu nak bertanding, dah jadi Perikatan Nasional. 

“Yang ini pun tuan-puan, kita pastikan mereka ada lapan kerusi (DUN) sekarang, kita pastikan mereka pun tidak ada kerusi di negeri Pahang, insya-Allah,” katanya ketika berucap pada program Solidariti Kestabilan dan Kemakmuran BN Pahang di Bera, hari ini.

Program itu dihadiri Presiden Umno Dr Ahmad Zahid Hamidi dan naib presiden Umno yang juga perdana menteri sementara, Ismail Sabri Yaakob. 

Umno dan PAS Pahang menandatangani perjanjian persefahaman Muafakat Nasional pada April 2021, susulan perjanjian di peringkat pusat sebelum itu. 

Bagaimanapun, hubungan antara pimpinan kedua parti mula bermasalah awal tahun ini apabila kerajaan Pahang menghentikan pengagihan peruntukan kepada ahli dewan undangan negeri (Adun) daripada PAS. 

Selepas pilihan raya umum ke-14 (PRU14) PAS mempunyai lapan kerusi DUN dimenangi Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Abdul Jabar (Tanjung Lumpur), Andansura Rabu (Beserah), Tarmizi Yahya (Panching), Mohd Sufian Abdul Jalil (Luit), Mujiburahman Ishak (Chenor), Shahril Azman Abdul Halim (Jengka), Mohd Zakhwan Ahmad Badardin (Tahan) dan Zuridan Daud (Damak).

Wan Rosdy turut menyatakan keyakinan Umno dan BN Pahang boleh memenangi sekurang-kurangnya 30 kerusi DUN dalam PRU15 pada 19 November ini.

No comments: