ADEH... EMPAT [4] TAHUN BERLALU, BAYANG BAS ELEKTRIK PUN TAK
NAMPAK...
KOH KOH KOH... JILAKER!!
_ _ _ _ _ _ _ _ _
KELANTAN bakal mencipta sejarah tersendiri apabila menyediakan
bas elektrik 40 tempat duduk sebagai pengangkutan awam di bandar Kota Bharu,
mulai tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani,
Bioteknologi dan Teknologi Hijau Negeri, Datuk Che Abdullah Mat Nawi berkata,
penggunaan bas elektrik dianggap sesuai dan ia seiring hasrat kerajaan negeri
yang menghidupkan pengamalan hijau dalam kalangan penduduk.
Menurutnya, buat masa ini, sebuah bas jenis itu yang bernilai
RM1.2 juta diimport dari China untuk dijadikan kajian untuk menentukan laluan
sesuai dan lokasi penempatan stesen pengecasan.
"Penggunaan bas elektrik mampu mengurangkan kos bahan bakar
sekali gus menghapuskan asap karbon yang semakin banyak terutama dengan jumlah
peningkatan kenderaan di jalan raya.
"Jadi kita harap, penggunaan kenderaan mesra alam ini dapat
dilakukan secepat mungkin, berkemungkinan tahun depan," katanya ketika
ditemui selepas Sesi Percubaan Menaiki Bas Elektrik di tapak Hari Peladang,
Penternakan, dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau Kelantan di stadium Sultan
Muhammad ke-IV, Kota Bharu, hari ini.
Sepanjang ekspo itu yang berakhir Ahad, bas elektrik berkenaan
akan ditempatkan di lokasi untuk penduduk merasai keseronokan menaiki bas
elektrik.
Mengulas lanjut, Che Abdullah berkata, kelajuan maksimum bas itu
adalah 80 kilometer sejam dan boleh dipandu sejauh 50 kilometer sekiranya dicas
untuk tempoh 15 minit.
"Ia dibawa masuk menerusi anak syarikat kerajaan negeri
iaitu Utilities Mubaarakan Holding Sdn Bhd (KUM) dengan kerjasama Go Automobile
Manufacturing Sdn Bhd.
"Hari ini kita cuba rasai sendiri bas elektrik terbabit dan
ternyata ia bertepatan dengan kehendak kerajaan," katanya.
Dalam perkembangan lain, Che Abdullah berkata, pihaknya
meletakkan sasaran baharu iaitu 150,000 pengunjung hadir ke Hari Peladang,
Penternakan, dan Nelayan serta Ekspo Teknologi Hijau yang berakhir Ahad ini.
Katanya, sejak tiga hari berlangsung, pihaknya sudah mencatatkan
lebih 50,000 pengunjung dan ia dijangka meningkat sekali ganda pada hujung
minggu.
Sasaran awal yang ditetapkan adalah 100,000 orang.
Disiarkan pada: November 1, 2017 @ 8:47pm