PILIHANRAYA DAH NAK DEKAT- PARTI PENGKHIANAT NI MASIH LAGI HARU BIRU...DALAM DIA PUN ADA PENGKHIANAT..HARAM PPATAH SEMULA KE PKR.....JAGA JAGA MAK....- ANAK ANWAR NAK DATANG AMPANG...BYE BYE MAKLAM.......

 


Hanya Zuraida boleh gantung saya, kata setiausaha agung PBM






Semalam, Larry Sng (kanan) menegaskan beliau masih presiden PBM
 dan mengumumkan penggantungan setiausaha agung parti Nor Hizwan
 Ahmad (kiri) dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid.

AMPANG: Setiausaha Agung Parti Bangsa Malaysia (PBM) Nor Hizwan Ahmad menafikan beliau dan ketua penerangan Zakaria Abdul Hamid telah digantung daripada parti.

Nor Hizwan memberitahu sidang akhbar di sini bahawa mereka masih belum menerima sebarang notis rasmi mengenai penggantungan mereka, sambil menambah bahawa mereka hanya mempunyai tangkap layar daripada Facebook Sng mengenai perkara itu.

Hizwan turut menolak tindakan Sng dan menyifatkan ia sebagai publisiti yang tidak perlu dan usaha untuk mensabotaj parti.

Katanya, beliau dan Zakaria akan “mengikut proses yang sewajarnya, bukan posting di Facebook”, sambil menambah hanya Zuraida Kamaruddin boleh menggantung mereka kerana beliau adalah presiden PBM yang sah.

Semalam, Sng menegaskan beliau masih presiden PBM dan mengumumkan penggantungan Nor Hizwan dan Zakaria.

Beliau berkata penggantungan kedua-dua mereka adalah berkaitan dengan mesyuarat Majlis Tertinggi PBM pada 7 Okt yang beliau tidak panggil, walaupun beliau adalah presiden parti.

Mesyuarat itu akhirnya menyaksikan majlis bersetuju agar Zuraida menggantikan Sng sebagai presiden parti.

FMT sedang menghubungi Sng untuk mendapatkan maklum balas.

No comments: