KERAJAAN MELAYU ISLAM MALAYSIA MENGKHIANATI UMAT ISLAM UIGHUR DAN PALESTIN!

 


9 Oktober 2022

1. Walaupun mempunyai tiga orang menteri, dan lima orang timbalan menteri serta seorang Duta Khas bertaraf Menteri, PAS hanya mampu melepaskan batuk di tangga menugaskan AJK Lujnah Antarabangsanya Ahmad Tarmizi, menyatakan "kekesalan PAS" tentang pendirian memalukan Malaysia tentang isu Muslim Uighur di Bangsa bangsa Bersatu - PBB.

2. Apakah ulama ulama utama dalam PAS telah menjadi ulama bisu takut untuk menegur kerajaan dalam isu pembelaan kekejaman keatas umat Islam kerana mereka takut hilang jawatan Menteri dan kuasa di tangan?

3. Sebenarnya rakyat Malaysia amat kesal atas sikap PAS yang menjadi sebahagian dari kerajaan yang berkuasa tetapi tidak bersuara dalam banyak isu dan hanya menyatakan kekesalan demi kekesalan selepas setiap kelemahan melibat umat Islam baik isu konsert liar, judi dan kekejaman keatas minoriti Islam.

4. Kegagalan Malaysia menyokong usul Bangsa Bangsa Bersatu- PBB, untuk menyiasat dakwaan pencabulan hak asasi manusia kaum minoriti Uighur Islam di negara China amat mengecewakan!

5. Sementara negara negara barat dari majoriti Kristian seperti Britain, Norway, Denmark, Australia dan Kanada menyokong siasatan tersebut, Malaysia berpendirian untuk berkecuali!

6. Hanya 17 negara menyokong siasatan atas kezaliman haj asasi Muslim Uighur, manakala 19 lain menentang dan 11 telah berkecuali, termasuk Malaysia dimana pendirian berkecuali Malaysia adalah suatu pengkhianatan.

7. Pendirian Malaysia mengkhianati Muslim Uighur yang dizalimi seolah "menikam belakang saudara sesama Islam" sendiri.

8. Mengikut kenyataan Ahmad Tarmizi, Abdul Hadi Awang telah membawa isu Uighur di program Bicara Minda bersama Presiden PAS oleh Sinar Harian pada bulan Disember 2018 ia itu hampir 5 tahun dahulu.

9. Itu satu tempoh yang agak lama dan lebih banyak insiden kezaliman lagi telah berlaku sejak itu.

10. Pendirian ini samalah seperti sikap kerajaan Malaysia mengkhianati nasib Muslim Palestin yang makin meruncing hari ini dengan Malaysia menyertai serta mempromosi EXPO Dubai 2020 bersama Israel walaupun Palestin telah menarik diri kerana tidak bersetuju dengan penyertai Israel.

11. Malaysia juga terus membisu dalam isu pencerobohan berterusan Masjidil Al Aqsa serta gangguan terhadap umat Islam yang menunaikan solat di masjid tersebut.

12. Di hari mulia umat Islam menyambut Maulidul Rasul ini, kita menuntut dan mendesak Perdana Menteri kerajaan "Melayu Islam" hari ini memberi penjelasan!

13. Kami juga menuntut Menteri Agama, Idris Ahmad dan Duta Khas Timur Tengah yang kedua duanya dari PAS, memberi penjelasan berhubung peranan lemah mereka menasihati dalam isu kaum Uighur di China dan Palestin di Timur Tengah.

14. Tiada guna berbuih mulut mereka menuduh pihak lain kononnya menjadi "musuh Islam" di Malaysia dalam masa sama mereka mengkhianati saudara Islam Uighur dan Palestin.

15. Tiada guna mereka menuduh pihak dalam kumpulan lain " tidak beriman" sementara mereka mengkhianati kaum Uighur yang Malaysia sebelum ini memberi suaka politik.

16. Dahulu kerajaan Malaysia paling dihadapan untuk membela umat Islam yang dizalimi seluruh dunia, tetapi kini pihak Israel dibenarkan berkonvensyen di Kuala Lumpur dan menyertai EXPO bersama Israel bahkan kuat mempromosi EXPO bersama mereka.

17. Di mana suara ulama bisu PAS?

18. Rakyat Malaysia mendesak penjelasan dari Kerajaan Malaysia yang kini telah hilang arah tuju dan tidak mempunyai dasar luar negara yang jelas tanpa roh perjuangan Islam.

19. Parti PAS, yang mengelar diri parti Islam, kelihatan menyokong sikap "liberal" kerajaan Malaysia hari ini yang tidak prihatin penderitaan kaum minoriti Uighur Islam di China dan penyisihan berterusan rakyat Palestin oleh Israel dan negara Barat, demi kepentingan perniagaan dan jalinan rapat kuasa besar.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu

Pengerusi AMANAH Terengganu

 

No comments: