MAJORITI SENYAP

 MAJORITI SENYAP

 

*Posting panjang. Tarik nafas dalam2 sebelum baca*

 

1. Dalam setiap pilihanraya, MAJORITI SENYAP adalah blok pengundi yang paling berkuasa. Tanya la mana-mana parti politik di dunia. Setiapnya akan mengakui benda yang sama. Kuasa blok Majoriti Senyap boleh menaikkan dan menjatuhkan Kerajaan. Punya besar kuasa mereka.

 

2. Golongan Majoriti Senyap bukan hanya terhad kepada set2 T20 Bangsar Bubble. Atau budak Subang Jaya yang sembang di kedai hipster. Ia juga tidak termasuk golongan taksub “Cash is King” yang menadah ketika pilihanraya.

 

3. Majoriti Senyap adalah mereka yang tengah2. Atas pagar senang cerita. Set2 yang senang hidup mencari makan sama2. Tak kira apa agama atau bangsa. Hidup satu taman, meniaga satu pasar, sebelah2, takde hal jua.

 

4. Kita juga tahu semua kaum itu ada golongan yang senang, ada juga golongan yang susah. Kalau perlukan bantuan, kita bantu semampunya rakan senegara. Masalahnya, realiti ini pemimpin kita tak endah.

 

5. Majoriti senyap juga ialah seperti kakitangan kerajaan yang sudah saksikan betapa korupnya pemimpin satu parti yang pernah memerintah. Mereka juga pernah saksikan betapa kiasu dan chauvinist satu lagi parti yang diberi peluang yang sama. Sekarang mereka ini duduk atas pagar.

 

6. Majoriti senyap juga terdiri daripada peniaga-peniaga biasa. Mereka tak mengharapkan projek dan tender Kerajaan untuk berjaya. Kena bezakan peniaga2 ini dengan set2 Alibaba yang berjiwa hamba. Bukan juga kroni politikus atau geng kapitalis yang buat duit dengan senang. Mengaut untung melalui pemimpin korup yang mereka pegang.

 

7. Majoriti senyap bukan golongan totok politik atau taksub pemimpin. Yang pangkah menonong ikut parti, atau yang terpekik terlolong bila pemimpin mereka tak jadi Perdana Menteri. Sedar lah diri, korang hanya golongan minoriti.

 

8. Kalau ikutkan, jumlah mereka sebenarnya sedikit. Ahli parti politik di Malaysia tak sampai 4 juta. Kalau penyokong taksub pun banyak mana? Kalau dikira cytro di media sosial pun tak guna. Walaupun akaunnya 50 seorang, tapi undinya nanti SATU sahaja. 

 

9. Berbanding Majoriti senyap, Minoriti Bising ini bunyinya punya gah. Kalau tak berkempen di jalanraya, mereka menjajah minda di alam maya.

 

10. Sekarang Majoriti Senyap mula sedar. Walaupun mereka nak Malaysia yang aman dan sejahtera. Tiada isu perkauman dan agama. Namun politikus mengajar sebaliknya. Mereka lebih rela negara hura-hura untuk mereka naik atau kekal berkuasa. Kebenaran disorokkan, salah menyalah berpanjangan. Bukan saja dengan lawan, malah bergaduh2 sesama kawan. 

 

11. Kena ingat, sepanjangan 60 tahun Malaysia merdeka. Majoriti Senyap la yang memberikan kemenangan. Dari Perikatan ke Barisan. Dari undi majoriti hingga dapat undi 2/3. Dari negara merdeka hingga kita digelar Tiger of Asia.

 

12. Sepanjang tempoh ini, pemimpin yang dilantik oleh majoriti senyap adalah yang kompeten, bersih pada mata kita, dan utamakan semua anak bangsa. Bukan satu agama dan kaum semata2.

 

13. Bila tiba PRU12, Kerajaan ini goyang. 2/3 tidak tercapai kerana kompetensi orang nombor satunya. Makanya dilantik PM6, satu pemimpin muda. Pada mulanya, indah belaka.

 

14. Namun, kerana sifatnya yang “hormat” terlebih kepada isteri dan senang ditipu daya, Maka skandal 1MDB tercetus seluruh dunia. Segala macam dibuat untuk kes ni dicampak bawah karpet. Dipecat Peguam Negara, sampai ditukarkan juga penyiasat level prebet.

 

15. Namun, pekung didada tak boleh disimpan lama. Majoriti rakyat sedar tindak tanduknya banyak nak meng-cover. Tambah pula, dibuat macam2 untuk menyusahkan rakyat keluar mengundi. Dari penetapan hari mengundi ketika hari berkerja sampailah isu gerrymandering. Semua helah basi yang selalu diguna.

 

16. Majoriti rakyat sudah tidak tahan. Makanya kita semua bangkit melawan. Rakyat Malaysia dari seluruh dunia bergandingan. Makanya jatuhlah Kerajaan 60 tahun, kami tumbangkan.

 

17. Kena faham, isu 1MDB ialah isu utama yang menjatuhkan Kerajaan. Kita digelar kerajaan Kleptokrat terteruk dalam sejarah dunia. Kebanyakan negara memandang Malaysia sebagai pariah. Mana2 rakyat pun pasti terasa.

 

18. Majoriti rakyat mengundi Pakatan Harapan, bukan kerana mereka sempurna. Bukan juga kerana simbolik Malaysia Malaysians. Manifesto juga tiada sangat kena mengena. Ada yang kata semata-mata nak angkat Tun M atau Anwar Ibrahim jadi PM jua. Itu semua pemikiran songsang penyokong taksub mereka.

 

19. Majoriti Senyap memilih Kerajaan baru kerana kita perlu tumbangkan Kerajaan lama. Kita beri orang baru peluang sama rata memerintah negara. Pada kita, mereka ini “the lesser evil”.

 

20. Bila set2 baru ni naik pula, sesama mereka gila kuasa. Kerusi Perdana Menteri jadi musical chair, dambaan belaka. Sorang tak sabar2 nak jadi PM sejak tunggu sekian lama. Sorang lagi pula ingat dia masih diktator. Gaduh2 tak sudah sejak sekian lama.

 

21. Sejurus itu, tumbanglah Kerajaan, kerana anak buah masing2 khianati mandat rakyat. Geng pengkhianat ini pula, ditanggungnya harimau Kleptokrats di atas kepala. Tak sampai 18 bulan, mereka pun kena khianat jua. Geng Klepto juga punya angkara.

 

22. Sekarang parti Klepto ini sudah tenat. Jangan tertipu dengan kemenangan di PRN. Mereka menang 85% kerusi DUN dengan hanya 20% pengundi keseluruhan. Hanya mengharapkan penyokong tegar. Bukan pengundi atas pagar. Sesungguhnya itu menunjukkan mereka taklah sekuat mana.

 

23. Mereka juga bergaduh sesama rakan kolisi. Bersatu dan UMNO dah berpatah arang. PAS pula hanya lalang. Walaupun wujud pakatan PAS-UMNO di Selangor, tetapi di Kelantan, Terengganu dan Kedah, mereka masih seteru lama. Susah nak baik semula.

 

24. Dalam parti keramat pun dah berpecah-belah. Ada blok Presiden, ada blok Perdana Menteri. Tak kira lagi pentaksub “Cash is King”. Mereka semua ini sudah sedia pisau, bila2 masa boleh menikam rakan sendiri.

 

25. Kalau semua pembangkang bersatu, hakikatnya, you can put them in a corner. You can kill them and win big time. Kalau PH+PN+yang lain2 bersatu, analisis menyebut Pembangkang ada peluang dapat 2/3 majoriti undi. Dan boleh kuasai Parlimen.

 

26. Dengan 2/3 kerusi, Pembangkang boleh buat perkara2 ini:

 

(i) Hadkan terma Perdana Menteri dan Wakil Rakyat, hanya untuk 2 pusingan. Agar tiada di kalangan korang jadi Diktator dan Warlords sampai naik tocang;

(ii) Buat Akta Lompat Parti, agar kita lenyapkan budaya patron politik;

(iii) Buat Akta Dana Politik, agar kita cuci kancah politik dari wang haram. 

 

Benda2 ini diperlukan agar dunia politik tak jadi lebih toksik. Ia tidak terus menerus menyusahkan rakyat dan membinasakan negara.

 

27. Tapi yang sedihnya, geng pembangkang ini besar kepala. Mereka praktikkan, “Politics of BIGGER BALLS not BETTER BRAINS”. Pissing contest merata. Pada mata Majoriti Senyap, we don’t give to shoot siapa khianat siapa, you all have to work out untuk negara. Nama la apa pun strateginya. Khemah Besar or not. Kami hanya mahu option one-to-one. Senang buat pilihan.

 

28. Ada yang kata, lepas tu kalau menang nanti siapa nak jadi Perdana Menteri? Itu tetap isu abadi. Ya Rabbi! Satu cara saya boleh bagi. Tengokkanlah UK sekarang. Ada pemilihan PM secara “run-off” dan undi percaya dalam parlimen. Itu lebih transparen dan terbuka. Daripada ikut SD semata2. Itu korang kajilah sendiri, apa gunanya dapat gaji?

 

29. Sekarang isunya, adalah menumbangkan musuh utama negara. Tengokkan Sri Lanka dan Venezulla. Mereka bankrupt dan huru-hara kerana rasuah dan salah guna kuasa. Dok ulang2 pakai pemimpin dari rejim yang sama. Rajapaksa contohnya.

 

30. Makanya, kalau ditanya pada golongan Majoriti Senyap, kena ingat kami mengundi PRU14 dulu semata2 untuk tumbangkan Klepto. Tapi kalau Pembangkang tak bersatu, mereka ini akan naik semula, mungkin juga dapat 2/3. Sebab ramai yang akan boikot pilihanraya.

 

31. If that happens, we know then, you are not the “lesser evil”, that we thought you are. 


Hakikatnya, anda semua sama sahaja!

 

Salam hormat,

Liyana Marzuki



No comments: