MOHD MUKHLIS MOHD SYARIF
Nampaknya hipotesis saya yang lepas tersasar, jadi Parlimen
telah bubar; alasan Presiden UMNO, yang kerajaan sekarang ini tidak stabil.
Tapi nampaknya Presiden UMNO yang beria-beria nak bubar dari Perdana Menteri
untuk bubar Parlimen. Sebab parlimen bubar sekarang, kalau BN menang PRU15
nanti calon perdana Menteri sudah tentulah Zahid dan bukan Ismail lagi. Dan
kini rekod Perdana Menteri paling singkat sudah jatuh ke tangan Ismail Sabri.
Padanlah minggu lepas, bila mereka bentang budget paling
terbesar dalam sejarah, mereka tak mahu bahas dan debat di parlimen, sebab
mereka sendiri tak tahu nak fund mana RM372.3 billion tersebut. Bila mereka
menang nanti, yang pasti mereka akan laksanakan semula GST, potong subsidi2 dan
buang harga siling minyak.
PRU15 ini adalah satu PRU yang di paksakan atas rakyat. Yang dia
kata tak stablil itu sebab mereka sendiri yang khianat dan tebuk atap kerajaan
yang sah dan di pilih oleh rakyat. Saya tetap berpegang pada ayat
"wamakaru wamakarallah wallahu khairul makirin".
Yang pasti rakyat yang cerdik boleh melihat hasil pemerintahan
kerajaan yang di undi 22 bulan; kalau rakyat tak undi PH kita tak akan dapat
bawa pulang berbilion duit 1MDB yang dicuri oleh penyamun, pemulihan semula
tabung haji, memberi royalti pada negeri yang di zalimi oleh BN, hapuskan GST,
kawal harga minyak dengan sistem apungan harga siling (harga RON95 sepatutnya
dalam RM4 ringgit 1 liter tanpa sistem apungan), turunkan harga tol sebanyak
18%, larangan merokok di restoran, kwsp suri rumah, kawal harga barang,
kurangkan cabutan bertuah judi, bentang akta guaman syarie setaraf dengan
guaman sivil, mahkamah khas hadhanah untuk jaga kebajikan anak-anak untuk
pasangan yang bercerai, mengecilkan saiz kabinet, tokoh profesional ketuai GLC,
indeks persepsi rasuah menurun, kawal inflasi, mengheret perasuah ke penjara,
dan turunkan harga internet.
Pencapaian 17 bulan kerajaan PN pula adalah yang bertentang
dengan PH. Buat darurat dan tutup parlimen kerana tak cukup undi, takut jawap
soalan wartawan, kabinet paling terbesar dalam sejarah dengan duta-duta yang
tak guna, double standard dalam hukuman SOP antara menteri dan rakyat biasa,
indeks rasuah yang kembali merudum, RUU355 yang masih lagi kena tipu, aurat
peramugari tak settle, judi cabutan khas naik semula 22 kali, konsert yang
kononya buat musuh Islam cemburu.
Pencapaian BN tak payah cerita la, yang baki 33 billion hutang
1MDB hasil dari kejayaan BN. Masa mereka kuat mereka pecat peguam negara waktu
itu dan lantik yang sucikan Perdana Menteri dengan kata itu duit sumbangan pak
arab, tapi dalam Mahkamah semua terbongkar yang pak arab itu hanyalah khayalan.
Sesiapa pun yang jadi kerajaan akan hadapi jalan yang sukar,
dengan baki hutang 1.4 Trillion, bukan senang hendak mengurus negara. Tapi
jangan kita lupa belanjawan kita pernah surplus waktu zaman Anwar Ibrahim jadi
Menteri Kewangan; tidak mustahil tapi kalau hendak kena lantik mereka yang
Qawwi dan Amin jadi Perdana Menteri.
PRU ini adalah ibarat perperangan untuk memilih kerajaan yang
berikutnya untuk 5 tahun yang akan datang. Betul kita tak suka PRU yang di paksakan
tapi bila semboyan perang berbunyi terpaksalah kita jadi membujur lalu
melintang patah. PRU14 dulu kita ingat BN tak boleh di kalahkan, tapi dengan
usaha semua rakyat bangkit melawan kerajaan yang zalim, akhiranya BN boleh di
kalahkan.
Jadi jika anda tanya saya, apa yang boleh di bantu untuk PRU15
nanti, pertama sekali semak tempat mengundi anda
https://mysprsemak.spr.gov.my/semakan/daftarPemilih ( sekarang
tengah down, uh the irony) dan daftar sebangai sukarelawn PACA ( Polling Agent/
Counting Agent). Jika anda kisah tentang masa depan anak-anak anda, sekarang
inilah masanya. Insyallah kemenangan pasti datang untuk mereka yang berusaha
dan sabar.