TAMATKAN RIWAYAT PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DALAM POLITIK

 

Resolusi Angkatan Muda Harapan Terengganu:



TAMATKAN RIWAYAT PARTI PRIBUMI BERSATU MALAYSIA DALAM POLITIK

9 Oktober 2022

Mesyuarat Jawatankuasa kepimpinan Angkatan Muda Harapan Negeri Terengganu telah bersetuju bahawa
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) adalah sebuah parti politik yang seharusnya dihumban oleh anak muda pada PRU15 akan datang.

BERSATU adalah sebuah parti yang tidak seharusnya diberi nyawa lebih panjang kerana ia sebuah parti yang mengajar anak muda untuk berkhianat dalam politik dan menjadi simbol pemikiran rasuah jawatan atau scheme of thing.

Budaya khianat, yang diamalkan BERSATU ternyata dapat kita lihat telah memberi kemudaratan kepada negara dan rakyat Malaysia.

Krisis politik dalam negara berterusan sehingga ke hari ini, bermula dari hari pengkhianatan parti BERSATU dalam Langkah Sheraton.

Parti BERSATU juga tidak ada kompetensi untuk memerintah negara kerana diwakili pemimpin yang hanya berebut jawatan, tiada idea dan tiada kejayaan dalam setiap kementerian yang diterajui menteri dari parti ini.

Angkatan Muda Harapan Terengganu menyeru anak muda seluruh negara untuk menolak sepenuhnya parti BERSATU dalam pilihanraya kerana setiap undi kepada Perikatan Nasional adalah satu pembaziran dan akan memanjangkan lagi krisis keyakinan rakyat kepada sistem demokrasi jika parti pencetus khianat mandat rakyat dibiarkan terus berada dalam politik tanah air.

Zamir Ghazali

Ketua

Angkatan Muda Harapan

Negeri Terengganu