MENEPATI RAMALAN AKHIR TAHUN RM 5.00- NILAI RINGGIT KINI RM4.70 BAGI 1 USD






Nilai Ringgit mengekalkan tren kejatuhan apabila sekali lagi ditutup rendah hari ini berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan susut kepada 4.6380/6425 berbanding dolar AS daripada penutupan semalam pada 4.6285/6310.

Ringgit pada sesi awal dagangan hari ini dibuka tinggi berbanding semalam tetapi jatuh kemudiaannya selepas sentimen pasaran terus memihak kepada dolar disebabkan ketidaktentuan global, kata seorang penganalisis.

Mata wang tempatan dibuka lebih tinggi sedikit pada 4.6250/6290 berbanding dolar AS.

Kejatuhan nilai ringgit kini yang terburuk untuk tempoh 24 tahun dan ia berlaku semasa era pentadbiran seorang Perdana Menteri UMNO.

Selain itu, keadaan politik negara juga dilihat tidak stabil susulan tekanan berterusan daripada pemimpin atasan UMNO yang mahu pilihan raya umum diadakan dengan segera pada tahun ini juga.