Kalau UMNO, mesti pandai membelit. Mesti punya!
Tok Mat kata desakan UMNO supaya diadakan PRU segera bukan
bermakna nak buat masa banjir. Apa jenis belit la ni? Baca di https://bit.ly/3BR7ddD. Kalau dah nak buat musim tengkujuh,
bukan musim banjir ke tu?
Alasan dia, musim dah berubah. Tahun lepas banjir berlaku Januari
hingga Mac. Tak salah apa yang dia kata tapi beginikah cara pemimpin UMNO
uruskan risiko? Walaupun tahun lepas banjir lewat sedikit, tapi apa jaminan
perkara yang sama akan berlaku tahun ini?
Contoh, semua tahu jalan Karak merbahaya. Tiba tiba tahun lepas
kurang kemalangan di Karak tapi banyak di LPT pula. Adakah itu bermakna kita
cuma perlu berhati-hati di LPT tapi tak perlu berhati-hati bila melalui Karak
lagi?
Kalau beginilah cara pemimpin UMNO mengurus risiko, tak
hairanlah ekonomi kita semakin parah dan hidup rakyat semakin susah. Kalau Tok
Mat, yang orang kata paling pandai dalam UMNO pun bodoh sebegini, apa akan jadi
negara kita kalau UMNO menang PRU15 nanti?
Lagipun Tok Mat nak tipu siapa? Zahid sendiri yang sebut UMNO
rela rempuh banjir. Dia sebut banjir terang-terang. Bermakna memang UMNO tahu
PRU akan berlaku dalam banjir. Nak pusing celah mana lagi Tok Mat?
Tapi aku dah nampak kenapa UMNO nak sangat PRU masa banjir.
Sebab Tok Mat sendiri kata, boleh tangguhkan PRU di kawasan yang terjejas. Jadi
itu yang mereka mahukan. Supaya PRU tak diadakan serentak. Jadi mereka boleh
buat sesuatu kalau keputusan tak memihak mereka.
Memanglah peti undi boleh dimangga. Tapi kalau kunci diberi
kepada UMNO, apa maknanya mangga pun? Selagi UMNO berkuasa, aku takkan percaya
mana-mana agensi kerajaan. Kerana UMNO sengat sinonim dengan salah guna kuasa.
Jika begitu perancangan mereka, maka semakin jelas mengapa kita
perlu tolak PRU di musim banjir. UMNO terlalu tamakkan kuasa sampai tak kisah
kalau rakyat jadi mangsa ketamakan mereka. Guane boh?