Dulu bila di tanya kenapa tak laksanakan ruu355, mereka kata PAS
minoriti, kalau nak hudud di laksanakan di bumi Malaysia, enta semua kena undi
PAS, tuan guru jadi calon perdana menteri.
Tapi realitinya masuk bertanding pun bersama Bersatu yang mana
calon perdana menteri nya adalah Abah Pdf, celah mana Duta nak jadi perdana
menteri.
Tup tup dengar pula hanya sasar 30 kerusi sahaja untuk PRU15,
kalau 30 kerusi hudud pasti akan ke laut. Itupun boleh clash sesama bersatu 5
kerusi.
Padan mereka duk meratib nak main 2 kolam, takut sangat hilang
jawatan menteri, itu sahaja matlamat mereka di dunia. Tapi bila dah dapat
jawatan bukan reti apa pun.
Saya lagi suka kalau PAS bersama dengan UMNO, dan kalau ini terjadi Bersatu akan hilang deposit dan PH sangat tinggi berpeluang menjadi kerajaan. Sebab apa? Siapa yang bersama dengan parti lebai pasti akan kalah. Sebab itu dari zaman barisan Alternatif sampai ke pakatan rakyat tak pernah menang, lepas lebai keluar dari PR, terus PH boleh bentuk kerajaan sebab tak ada penunggang agama di situ.