DULU DIKAFIRKAN, KINI CURANG DIDUAKAN!


 
PARTI AMANAH NEGARA


DULU DIKAFIRKAN, KINI CURANG DIDUAKAN!

29 September 2022

1. PAS sedang berusaha merayu untuk bersama kembali dengan UMNO yang telah memberi kata dua pada PAS kerana "menduakannya" dengan hubungan curang dua kolam dengan BERSATU.

2. Pada masa yang sama, ahli UMNO yang amat terluka atas kecurangan PAS menduakannya, menyoal apakah kekebalan PAS dari dosa bermain cinta dua kolam sekarang dan dahulu meniup kebencian menjatuhkan hukum kafir kepada ahli UMNO pada tahun 1981?

3. Adakah begitu mudah berlaku curang sekali lagi pada "suami" UMNO sekarang dengan bersekedudukan dengan BERSATU tanpa meminta maaf dosa lama amanat Haji Hadi dalam isu kafir keatas UMNO dahulu?

4. Adakah begitu mudah PAS menghapuskan dosa lamanya tanpa meminta maaf kepada UMNO dengan hanya memadam amanat Haji Hadi dari portal JAKIM setelah menjadi kerajaan dan menjadi Menteri Agama?

5. Ramai hairan bagaimana amanat Banggol Peradong oleh Haji Hadi yang ditetapkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sebagai ajaran sesat telah hilang di padam begitu sahaja dari portal dan kini keluar pula tuduhan baru ahli Pakatan Harapan tidak beriman pulak walaupun ramai kami dalam PH beragama Islam.

6. Presiden PAS Ustaz Hadi menuduh kami dalam PH sebagai tidak beriman dan UMNO pula "kafir", sementara Mursidul Am PAS, Hashim Jasin, pulak menyeru semua parti majoriti orang Islam "bersatu" dengan PAS!

7. Tidak hairanlah UMNO Terengganu telah memutuskan untuk bergerak solo untuk menjatuhkan PAS di Terengganu.

8. Sanggupkah ahli ahli UMNO khususnya di Terengganu yang menjadi sasaran utama

hebat

takfiri dari PAS kembali bersekedudukan bersama PAS yang kini berlaku curang dengan BERSATU ?

TEPUK DADA TANYA IMAN.

Raja Kamarul Bahrin Shah

Pengerusi PAKATAN HARAPAN Terengganu

Pengerusi AMANAH Terengganu

 

No comments: