TERBAIK LAH HADI..KOT NAK DAPAT SATU DUA UNDI...LANGSUNG TAK DAPAT..CERDIK LA SANGAT

 

Hadi hanya cetus kebangkitan pengundi bukan Melayu, kata penganalisis






Presiden PAS Abdul Hadi Awang pada Sabtu berkata, orang bukan Islam
 dan bukan Bumiputera adalah punca rasuah. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Dakwaan baru-baru ini yang menyalahkan rasuah ke atas masyarakat bukan Islam dan bukan Bumiputera tidak akan menjengkelkan penyokong Pakatan Harapan (PH) sehingga menghukum pembangkang atas pakatan politiknya dengan kerajaan semasa.

James Chin berkata, dakwaan Abdul Hadi Awang baru-baru ini konsisten dengan kenyataan presiden PAS itu dahulu yang mengkritik masyarakat bukan Melayu-Islam dan kuasa politiknya.

Chin dari Institut Asia di Universiti Tasmania berkata, jika ada pun penyokong PH, khasnya daripada DAP, berang kerana gabungan itu mengekalkan kuasa kerajaan semasa melalui memorandum persefahaman (MoU).

Kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob, terdiri daripada wakil parti Islam itu.

“Dan PH sangat lemah sehingga mereka tidak boleh buat apa-apa dengan kenyataan Hadi,” katanya kepada FMT.

Walaupun beberapa pemimpin DAP mengecam Hadi, mereka tiada kuasa untuk memberitahu Ismail apa yang perlu dilakukan, kata Chin ketika ditanya jika PH boleh memanfaatkan MoU itu untuk menegur Hadi.

MoU itu, katanya, tidak termasuk sebarang kenyataan yang dibuat pemimpin politik.

Sabtu lalu, Hadi dilaporkan menuding jari ke arah golongan bukan Islam dan bukan Bumiputera sebagai punca rasuah serta mendakwa mereka juga “golongan yang paling besar merosakkan politik dan ekonomi negara”.

Beliau turut menyalahkan sikap tidak peduli dalam kalangan pengundi Melayu untuk membolehkan orang bukan Melayu dan “liberal” mendapat kuasa politik negara dalam pilihan raya umum (PRU) lalu.

Penganalisis politik, Wong Chin Huat berkata, serangan Hadi ke atas masyarakat bukan Islam hanya akan menyebabkan orang bukan Islam menentang PAS dan parti dikaitkan dengan PAS, seperti Gerakan.

Gerakan dan PAS sebahagian daripada Perikatan Nasional, bersama Bersatu, STAR dan Parti Maju Sabah (SAPP).

Wong berkata, satu-satunya cara penyokong PH boleh menghukum PAS ialah keluar mengundi beramai-ramai pada PRU akan datang. Dengan cara itu, PH boleh memenangi banyak kerusi marginal dan prestasi PAS mungkin teruk di semua kawasan kaum majmuk.

“Jadi, setiap kali Hadi menghina golongan minoriti atau liberal, penyokong PH patut berterima kasih kepadanya atas ‘wake-up call’ untuk mengundi pada PRU15.

“Memarahi Hadi tidak akan bermakna seperti memarahi jam loceng anda.”

Chin berkata, kenyataan Hadi seperti itu adalah punca cadangan untuk PH dan PAS bekerjasama melalui sayap Pemuda mereka bagi merampas Pahang daripada BN “tidak akan berjaya”.

No comments: