KALAU SEMUA BAKAL BANDUAN MEMBUAT PERMOHONAN MACAM NAJIB ..SUDAH TIMBUL KERAGUAN TERHADAP INSTITUSI PERUNDANGAN NEGARA...INGAT NEGARA NI SDN BHD KOT....AKAI .....

 


Najib kemuka permohonan gugur ketua hakim negara




Najib Razak merayu terhadap sabitan ke atas semua tujuh pertuduhan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang membabitkan RM42 juta dana milik SRC International.

PUTRAJAYA: Najib Razak membuat permohonan agar Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menarik diri daripada panel Mahkamah Persekutuan bagi mendengar rayuan terakhirnya dalam kes rasuah SCR International.

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik memberitahu mahkamah bahawa pihak pembelaan memfailkan permohonan itu pada malam Isnin.

Katanya, salinan permohonan itu sudah diserahkan kepada pihak pendakwaan.

Pendakwa Raya ad-hoc, V Sithambaram mengesahkan mereka sudah menerima salinan tidak ditutup.

Hisyam kemudian menggesa mahkamah menyelesaikan permohonan Najib untuk Tengku Maimun menarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan hujah kes mereka.

Tengku Maimun kemudian bertanya apa yang berlaku kepada rayuan utama. “Kami di sini bukan untuk membuang masa.”

Hisyam dalam responsnya berkata, lebih baik menyelesaikan permohonan tarik diri sebelum pihak pembelaan meneruskan rayuan yang sepatunya.

Hakim Besar Sabah dan Sarawak Abang Iskandar Abang Hashim, yang turut menganggotai panel itu, mencadangkan Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang mengenai cara mahkamah boleh memutuskan sesuatu kes, jika peguam tidak memfailkan apa-apa kepada mahkamah.

Selepas Hisyam menjawab hujah pendakwaan berhubung perkara undang-undang, Tengku Maimun berkata, mahkamah akan berehat seketika dan mengarahkan pendaftar mahkamah mengambil dokumen berhubung permohonan Najib mengenai tarik diri.

Panel Mahkamah Persekutuan itu turut dianggotai tiga hakim mahkamah tertinggi Nallini Pathmanathan, Mary Lim dan Mohamad Zabidin Diah.

Bekas perdana menteri itu membuat rayuan atas sabitan oleh hakim perbicaraan Nazlan Ghazali bagi semua tujuh pertuduhan yang dikemukakan terhadapnya.

Ia membabitkan kesalahan salah guna kuasa, penyelewengan dan pengubahan wang haram membabitkan RM42 juta dana milik SRC International, di mana beliau dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dua tahun lalu.

Najib dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Beliau disabitkan dan dijatuhi hukuman oleh Nazlan pada 28 Julai 2020.

Pada 8 Dis 2021, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Abdul Karim Abdul Jalil sebulat suara mengekalkan sabitan dan hukumannya. Hakim lain yang bersidang ialah Has Zanah Mehat dan Vazeer Alam Mydin Meera.

Peguam V Sithambaram, melakukan pendakwaan menerusi lesen khas diberikan oleh peguam negara, dan dibantu oleh Donald Joseph Franklin, Sulaiman Kho Kheng Fuei dan Mohd Ashrof Adrin Kamil.

Mengapa ketua hakim negara tak sepatutnya dengar rayuan SRC

Najib memetik alasan Tengku Maimun tidak sepatutnya mendengar kes SRC International itu kerana hantaran suaminya, Zamani Ibrahim di Facebook pada 11 Mei 2018.

“Saya benar-benar percaya bahawa perkembangan ini sangat mengganggu memandangkan Zamani jelas mempunyai sentimen negatif terhadap kepimpinan saya di negara ini semasa saya menjadi perdana menteri dan telah membuat kesimpulan bahawa saya telah menyeleweng dana kerajaan berdaulat ke dalam akaun peribadi saya.

“Sebagai suami kepada pengerusi yang mengadili rayuan saya, berkemungkinan dia akan mempengaruhi pemikiran pengerusi mengenai dakwaan saya bersalah,” katanya.

Dalam hantaran itu, Zamani – seorang peguam – bercakap mengenai kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei 2018.

Zamani juga berkata, beliau “gembira kerana Najib telah disingkirkan”. Tambahnya, dia juga sedih kerana “kawan baiknya” – Naib Presiden Umno Khaled Nordin – kehilangan kedua-dua kerusi Parlimen Pasir Gudang dan DUN Permas.

No comments: