Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta


Firdaus Azil
Najib didapati bersalah, penjara 12 tahun, denda RM210 juta
Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan dan hukuman 12 tahun penjara serta denda RM210 juta yang dikenakan ke atas Datuk Seri Najib yang didapati bersalah menyeleweng dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.
Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat ketika membacakan keputusan lima panel hakim itu berkata, mahkamah tidak mendapati sebarang kesalahan dalam penghakiman yang dibuat Hakim Mahkamah Tinggi, ketika itu, Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali.
Mohd Nazlan kini hakim Mahkamah Rayuan, menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun ke atas Ahli Parlimen Pekan itu bagi setiap tiga pertuduhan CBT kerana penyelewengan masing-masing RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta daripada dana SRC.
Menurut Tengku Maimun, sabitan itu selamat bagi kesemua tujuh pertuduhan dan hukuman itu tidak keterlaluan.
“Rayuan ini dengan sebulat suara ditolak dan sabitan dan hukuman dikekalkan.
"Saya dengan ini mengumumkan waran komital (perintah menjalani hukuman penjara) ," kata Tengku Maimun memerintahkan prosiding tamat
Najib, 69, pada 8 Dis 2021 gagal mengetepikan keputusan itu selepas Mahkamah Rayuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

No comments: