Menurut Sheikh Ramadan al Buti, tiada masalah untuk mencium
tangan orang yang kita muliakan ketika bersalam.
Apa yang dibimbangkan ialah ada masalah besar dan bahaya menanti
orang yang dimuliakan (dicium tangan).
Jika seseorang itu sudah terbiasa orang mencium tangannya atau
dimuliakan dengan apa cara sekalipun, syaitan akan membisik kepadanya “lihat,
kamu orang hebat, semua orang memandang tinggi kepadamu”. Lalu syaitan pun
berjaya menghancurkannya.
Asatizah yang terbiasa orang mencium tangannya, kelak akan
tertanam dalam dirinya bahawa semua orang yang bersalam dengannya mesti mencium
tangannya. Kerana ia sudah menjadi kebiasaan.
Lalu bila ada orang yang tidak mencium tangannya ketika bersalam
dikhuatiri akan menimbulkan rasa marah atau kurang senang di dalam dirinya.
Terlintas di hatinya “orang lain semua cium tangan aku, kenapa dia ni tak
cium.” Inilah contoh bagaimana syaitan sudah berjaya memusnahkannya.
Sheikh al Buti menegaskan bahawa beliau adalah insan yang lemah,
oleh sebab itu beliau tidak suka orang mencium tangannya ketika bersalam.
Rahimahullah.
Oleh: MutarjimClips