KAH..KAH...DIA PERLI HANG LA SAMDOL....PAS BUKAN YANG DULU...YANG ADA NI BANYAK TERSEKAT SAGON DALAM MULUT...DULU KAN JUARA JALANAN JUGA...

 






Mengapa cabar kami buat protes rasuah, DAP tidak cukup ahlikah?




Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari mempersoal Charles Santiago mengapa saranan protes itu dibuat kepada PAS dan bukannya ahli DAP sendiri.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari secara sinis mengalu-alukan cadangan Ahli Parlimen Klang Charles Santiago untuk mengadakan protes rasuah besar-besaran, namun mempersoalkan mengapa saranan itu dibuat kepada PAS, bukannya ahli DAP sendiri.

“Jika anda ingin adakan protes isu LCS, silakanlah, kami tiada halangan. Adakah anda meminta kami adakan protes kerana anda sudah tidak cukup ahli untuk melakukannya?

“Dengan penuh hormat tuan, mari kita berbincang,” sindirnya.

Terdahulu, Santiago mencabar Pemuda PAS untuk menganjurkan protes membantah rasuah di seluruh negara dengan memetik isu projek kapal tempur pesisir (LCS).

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Ia susulan gesaan Fadhli yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, agar kerajaan membatalkan konsert antarabangsa kerana ia menggalakkan budaya hedonisme menular dan dilihat tidak bersesuaian serta bertentangan dengan Islam sebagai agama persekutuan.

Fadhli juga membidas Santiago yang menyamakan skandal LCS dengan isu konsert yang dibangkitkan, sambil menegaskan beliau sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) sudah pun membangkitkan isu LCS sejak awal lagi.

“Tiada kaitan antara dua isu ini. Saya fikir ‘argument’ tuan agak tersasar. Dalam isu konsert, secara jujur ingin saya nyatakan, masyarakat bukan Muslim tidak perlu rasa terganggu sangat, perbincangan boleh dibuat.

“Isunya ialah ramai yang hadir juga terdiri daripada remaja Muslim dan itu membimbangkan kami,” katanya kepada FMT.

Fadhli membuat gesaan sama pada Jumaat lalu, apabila beliau menegaskan penganjuran bertalu-talu konsert mega adalah “kerja gila menjemput kemurkaan Allah”.

Kenyataan itu dibuat tidak sampai 24 jam selepas Billie Eilish mengadakan konsert “Happier Than Ever, The World Tour” di Stadium Nasional Bukit Jalil malam sebelumnya.

Pemimpin PAS itu berkata, Malaysia sebagai sebuah negara yang meletakkan Islam sebagai agama Persekutuan, menolak keras amalan songsang.

“Saya tidak pasti dalam agama mana yang membenarkan amalan LGBT yang disanjung oleh sebahagian artis yang dijemput ke negara ini,” katanya.

No comments: