Ia sebuah detik katarsis bagi negara saatnya rakyat terkesima dapat melihat Najib dihantar ke penjara
by Anil Netto
Apa seterusnya kepada Malaysia?
Najib dengan hingar-bingar teriak slogan “Malu apa, Bossku”
barangkali akan senyap dalam masa beberapa ketika lagi, saatnya beliau tidak
lagi muncul di khalayak ramai.
Kecuali para pendukung tegar ‘Bossku’ yang gagal untuk melihat
perangai Najib yang sebenar. Ini waktunya bagi mereka yang terpesona melihat
Najib untuk sedar kerosakan sebenar yang sudah beliau dan pengikutnya lakukan
kepada negara kita.
READ MORE: The Najib Razak 1MDB Trial Ep 80:
House of cards
Rakyat kebanyakan, dalam melihat antara sosok paling berkuasa di
Malaysia kini ke penjara, pastinya dalam keadaan bersemangat untuk melihat
mana-mana ahli politik yang korup terlepas dari penjara.
Sesetengah ahli politik yang korup, yang menjadi gempal kerana
makan rasuah daripada kantung dana awam, masih wujud berkeliaran dengan bebas.
Inilah waktunya mereka patut takut. Najib sendiri masih ada beberapa kes lain
yang terpaksa dihadapinya.
Semua yang dijatuhi hukuman bersalah kerana rasuah perlu
berdepan hukuman, tidak kiralah jawatan apa pun mereka. Moga tidak wujud pilih
kasih dan moga mereka tidak terlepas dari keadilan.
Akhir sekali, penting untuk kita mengingati mereka yang berani
berdiri untuk keadilan. Rakyat marhaen di Malaysia yang mengundi agar perubahan
terjadi pada 2018. Para pembantah Bersih 4 yang mendesak agar Najib letak
jawatan. Para hakim di mahkamah yang berani, diketuai oleh Ketua Hakim Tengku
Maimun Tuan Mat, yang tegas menegakkan kebebasan kehakiman. Pendakwa raya V
Sithambaram dan pasukannya yang tegar meneruskan kes pendakwaan sehingga ke
akhirnya. Para peguam yang berarak demi keadilan. Kelompok masyarakat sivil
serta pemberi maklumat seperti Rafizi Ramli yang melawan rasuah. Warga marhaen
yang aman, termasuklah para aktivis mahasiswa, yang keluar protes melawan salah
tadbir dan rasuah. Kartunis seperti Zunar dan artis Fahmi Reza yang menambah
tekanan.
Ironinya, mereka di Sarawak Report seperti Clare Rewcastle Brown
seperti pasukan di The Edge, juga para wartawan Tom Wright dan Bradley Hope, yang
berusaha mencari sumber lain – berbanding firma audit yang bergantung
semata-mata kepada maklumat yang ‘digoreng’ oleh klien serta rekod kewangan
merekalah – yang berjaya membongkar kebenaran tentang 1MDB serta kes berkaitan.
Juga jangan lupa buat yang ramai, begitu ramai aktivis
masyarakat sivil dan politik serta rakyat marhaen yang ditangkap, disumbat dan
terpaksa dipenjarakan ketika zaman pentadbiran Mahathir dan Najib kerana
menyuarakan melawan salah guna kuasa. Usaha mereka tidak sia-sia.
Hujan renyai yang turun saat saya mula menulis sudah berakhir
sekarang – udara makin bersih, bau korupsi makin mengurang. Keputusan Mahkamah
Persekutuan sebuah detik katarsis bagi Malaysia. Ramai yang masih belum percaya
– apakah ini semuanya mimpi?
Namun perjalanan ini tidak berakhir di penjara Kajang atau
Sungai Buloh. Rakyat marhaen di Malaysia tidak boleh leka. Kita mesti mendesak
agar pembersihan negara diteruskan dan semua rasuah dibasmikan.
Perhentian seterusnya adalah pilihan raya umum, serta kes-kes
rasuah yang sedang berlangsung. Ini waktunya agar perubahan sebenar dan rasuah
serta para perasuah untuk berdepan hukuman.
Kita patut meneruskan agar reformasi institusi diperkukuh bagi
kawal imbang, memperkasa pembahagian kuasa, mengembalikan pilihan raya majlis
tempatan dan merombak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Jika inilah yang berlaku, Puaka yang wujud di Malaysia boleh
berkubur dengan aman. Untuk sekarang, kita bolehlah menghayati Hari Malaysia
yang akan datang dengan penuh kelegaan.
Anil Netto
Editor bersama, surat berita Aliran
28 Ogos 2022