NORMAN RADZUAN
Baca tajuk nak ketawa tapi takut Ustajah marah
ISTERI YANG CURANG TETAP SUAMI DISALAHKAN
Pagi minggu ini stop sekejap bicara isu politik. Kita bicara isu
di akhbar mengenai peningkatan isteri curang. Yg lucunya seperti kehidupan
suami isteri… perempuan tidak pernah salah.
Yg curang wanita tapi suami/lelaki juga yg salah. Begitulah
nasib mu suami sebab kamu tiada NGO atau persatuan yg akan membela
Sebab itu kita boleh lihat di FB dan Tik Tok begitu ramai janda
tetapi kita hairan di mana duda. Jika ada janda tentulah ada duda kan. Sebabnya
sifat lelaki fitrahnya mereka suka berdiam diri. Silence is better than words.
Seperti saya tulis sebelum ini kawan saya dah 5 tahun tak pulang
ke KL (rumah dia bersama isteri ), sampai skg kawan2 tak tahu dia sudah
bercerai atau tidak. Berbeza dgn wanita jam 5 bercerai jam 5.30 kawan2 kampung,
kawan2 study, kawan kerja dan kawan media sosial dah tahu. Ini fitrah wanita
perlukan meluahkan perasaan mereka.
Ok balik kpd isu di akhbar tentang isteri curang. Kenapa isteri
yg curang suami yg kena? Mengapa tak tulis headline ‘ RAMAI WANITA CURANG
ANGKARA MEDIA SOSIAL’….itu lebih adil atau akademik. Saya nak ketawa tapi takut
Ustajah marah.
Kita tak nafikan media sosial membuatkan suami/lelaki atau
isteri/wanita lebih mudah curang kpd pasangan masing2. Tak perlu salahkan
siapa… sepatutnya salahkan diri sendiri… kenapa?
Beginilah jika kita bertanya kpd suami atau isteri adakah mereka
akn membuat pengakuan jujur kenapa mereka bercerai. Pastinya mereka akn
menyalahkan pasangan masing2… siapa mahu mengaku salah beb. Najib pun walau
pakai duit rakyat berpuluh juta pun tak mahu mengaku.
Contoh wanita yg bercerai atau curang bila ditanya alasan
‘klise’ pada kawan2…
A) Suami tidak berikan nafkah batin
b) Suami lemah tenaga batin
C) Suami curang dgn wanita lain
D) Suami ikut cakap ibu
E) Suami tak beri nafkah
Walaupun hakikat sebenarnya byk kes
1) Suami tak dpt berikan kemewahan
2) Dpt kenalan di media sosial yg lebih kaya
3) Dpt kenalan di media sosial yg lebih kacak
4) Sengaja ingin menikmati lelaki lain utk kepuasan nafsu
5) Tergoda dgn ayat2 cinta kenalan di media sosial
6) Bertemu kembali dgn kekasih lama di media sosial
Isu di akhbar ‘ tak mendapat perhatian tak kita nafikan ada’ tapi
cuba ikhlas dgn diri sendiri… adakah di era media sosial kita lebih byk menatap
wajah suami dari HP? Adakah kita lebih byk berbual di media sosial atau dgn
suami?
Tanya lelaki mereka juga kesunyian kerana tidak mendapat
perhatian isteri. Adakah itu lesen besar utk suami curang?
Sepatut tugas rakan di akhbar mendidik bukan emosi. Barulah kita
dpt dilihat membicarkan sesuatu isu dlm suasana intelektual. Ini dah mcm borak
depan pagar rumah dol ( membawang).
Bab curang kerana media sosial ini bagi saya sama sahaja. Tak
kira lelaki atau perempuan. Tak kira suami atau isteri. Tak Ustaz atau Ustajah…
selagi ia manusia yg bernafsu mereka sgt terdedah berlaku curang bila ada
paltform di media sosial utk mereka berbuat demikian.