SEMUANYA SALAH ENGKAU WAHAI ATOK

 

Tun M akhirnya luah isi hatinya setelah Najib dipenjara

Tun M akhirnya luah isi hatinya setelah Najib dipenjara


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathitr Mohamad mengakui hukuman yang dihadapi anak didiknya, Datuk Seri Najib Tun Razak bukan sesuatu yang menggembirakan kerana beliau bertanggungjawab menaikkan Ahli Parlimen Pekan itu sehingga bergelar Perdana Menteri, lapor Astro Awani.

Bercakap kepada Kyodo News, Dr Mahathir menjelaskan kemungkinan untuk Najib membuat kemunculan semula politik akan terletak dengan potensi pengampunan diraja dan keputusan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.

Dr Mahathir berkata beliau gembira kerajaan sekarang, yang diketuai oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dari UMNO, tidak mengganggu prosiding kehakiman.

Dengan berada di dalam penjara sekarang, karier politik Najib kelihatan malap, tetapi Dr Mahathir percaya beliau akan cuba membuat kemunculan semula.

“Beliau akan cuba sekali lagi menjadi perdana menteri walaupun peluangnya tipis,” kata Mahathir.

“Jika UMNO menang dalam pilihan raya akan datang yang akan diadakan menjelang 2023, parti dan kerajaan akan merayu untuk pengampunan. Itu sudah pasti,” tambahnya.

Pada Selasa, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan Najib bersalah dalam kes rasuah RM42 juta melibatkan dana SRC International Sdn Bhd.

Najib sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun dan perlu membayar denda RM210 juta bermula Selasa setelah dihantar ke Penjara Kajang.

Dr Mahathir mendakwa beliau mahu Najib, 69, anak kepada Perdana Menteri kedua negara, Tun Abdul Razak Hussein, menggantikannya.

Tun Abdul Razak dianggap individu yang memainkan peranan penting dalam memajukan kerjaya politik Mahathir sehingga menjadi perdana menteri keempat pada 1981.

Najib menjadi perdana menteri pada 2009, disokong sepenuhnya oleh Mahathir sehingga dia terlibat dalam skandal 1MDB pada 2015.

Mahathir berganding bahu dengan pembangkang untuk mengalahkan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018, sekali lagi berkhidmat sebagai Perdana Menteri hingga Februari 2020.


No comments: