KAH..KAH...MENTERI LEMAU TAK BACA KENYATAAN....

 


LCS: Jangan guna alasan keselamatan, Anwar bidas Hishammuddin





Anwar Ibrahim menjawab kenyataan Menteri Kanan Pertahanan Hishammuddin Hussein yang mendakwa beliau bermain politik kerana mencadangkan projek kapal tempur pesisir (LCS) dibatalkan.

PETALING JAYA: Menteri Pertahanan Hishammuddin Hussein diingatkan jangan menggunakan alasan keselamatan negara dalam projek kapal tempur pesisir (LCS) sedangkan alat ketenteraan dan pertahanan didakwa boleh “dirompak” dan “diambil komisen”, kata Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang berkata, Ahli Parlimen Sembrong tidak membaca dan mendengar perbahasannya di Parlimen berhubung projek aset ketenteraan yang bernilai RM9 bilion itu.

Dalam perbahasannya di Parlimen pada Khamis, Anwar mencadangkan agar fasa keenam projek LCS itu dihentikan susulan teguran oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

“Pertama saya kata semua fasa-fasa ‘on going’ diteruskan. Dia tidak baca dan dia tidak dengar. Ini masalahnya. Ini dia sebut, kalau saya quote Shakespeare, ‘the insolence of office’. Dia terlalu angkuh, tak baca tak dengar, tutup. Orang marah. Siapa yang marah? kontraktor? yang kutip komisen?

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Projek RM9 bilion, dah belanja RM6 bilion, sentimen politik apa yang dibicarakan ini? RM6 bilion duit rakyat. Jangan guna (alasan) keselamatan negara. Keselamatan negara macam mana kalau sampai bahan, alat-alat ketenteraan dan pertahanan penting pun masih mahu dirompak dan diambil komisen,” katanya menurut Astro Awani.

Anwar berkata demikian dalam sidang media di Kuching, selepas mengadakan perjumpaan bersama Ketua Bahagian PKR Sarawak.

Terdahulu, ketika menjawab isu tersebut di Kem Muara Tuang pada Jumaat, Hishammuddin menjelaskan cadangan Anwar untuk membatalkan projek perolehan sebagai bermotifkan politik.

Katanya, projek itu tetap diteruskan, kerana PAC hanya melakukan teguran dengan mencadangkan beberapa syor yang perlu diberi dan diambil perhatian.


No comments: