Esok hari Asyura, 10 Muharram.-Kena ingat bidaah itu memang ada.




MASRI RAMLI


Esok hari Asyura, 10 Muharram.

.

Saya ternampak satu poster menyatakan bahawa Habib Umar menggalakkan orang ramai membaca surah al-Ikhlas sebanyak 1000x pada hari Asyura dan fadhilatnya ialah Allah akan melihat kepadanya, dan dia tak akan diazab. Dikatakan ia adalah riwayat Ali.

.

Selepas melakukan beberapa carian, saya menemui maklumat yang sama daripada page FB ini dan poster ini.

https://www.facebook.com/tarimnews/posts/3230158287060202

.

Daripada sini saya mendapati ia disebarkan dalam media sosial Habib Umar seperti telegram beliau, FB, dan Instagram beliau.

.

Setakat carian saya, amalan dan fadhilat ini, saya tak jumpa dalam sumber ahli sunnah yang muktabar. Sebaliknya saya jumpa dalam sumber-sumber Syiah seperti berikut:

.

فيما نذكره من فضل قراءة (قل هو الله أحد) في يوم عاشوراء روي عن الصادق عليه السلام أنه قال: من قرأ يوم عاشوراء الف مرة سورة الاخلاص، نظر الرحمان إليه، ومن نظر الرحمان إليه لم يعذبه ابدا (4).

Berkaitan apa yang kami sebutkan tentang kelebihan membaca surah al-Ikhlas pada hari 'Asyura. Diriwayatkan daripada Al-Saadiq 'alaihissalam bahawa beliau berkata: Sesiapa membaca pada hari 'Asyura 1000x surah al-Ikhlas, Al-Rahman akan melihat kepadanya, sesiapa yang Al-Rahman melihat kepada, dia tidak akan diazab selamanya. [Al-Sayyid Ibn Thawus, Iqbal al-A'mal, 3:80, rujuk: http://shiaonlinelibrary.com/الكتب/1364_إقبال-الأعمال-السيد-ابن-طاووس-ج-٣/الصفحة_77]

.

.

Siapakah Al-Sayyid Ibn Thawus ini?

Beliau adalah Ali bin Musa bin Ja'far bin Thawus, seorang ulama Syiah. Rujuk:

https://en.wikipedia.org/wiki/Sayyed_Ibn_Tawus dan https://ar.wikishia.net/view/علي_بن_موسى_بن_جعفر_بن_طاووس

.

Ibnu al-Qayyim menyebutkan dalam Al-Manar Al-Munif:

لا يصح منها شيء، ولا حديث واحد، ولا يثبت عن النبي صلى الله عليه وسلم فيه شيء غير أحاديث صيامه، وما عداها فباطل

Tidak sahih apa-apa riwayatpun, tidak sahih daripada Nabi s.a.w apa-apa amalan pun melainkan hadis puasa ('Asyura). Apa yang selainnya adalah bathil.

.

#MMMR