ZAMAN MELAYU ISLE YANG BAHLOL PUN BOLEH JADI MENTERI

 


Macamanalah dia ni boleh jadi menteri?

Orang ramai yang bising gaji rendah tu majoritinya adalah graduan. Lepasan ijazah, gaji tak sampai RM3k, bahkan ada yang bawah RM2k, nak survive macamana? Sebab tu orang bising.

Dia nak suruh orang sambung belajar ambil master pula? Tak salah tapi masalahnya pendidikan pun bukan percuma. Habis degree, hutang pengajian dan bertepek dai dahi mereka.

Dalam masa yang sama kerajaan sibuk import tenaga asing yang sedia terima gaji murah sebab mereka tidak hidup berkeluarga di negara ini. Jadi mereka kacau pasaran kerja dan buatkan gaji jadi semakin rendah.

Kamu sebagai menteri pendidikan sepatutnya cari jalan supaya pendidikan tak membebankan rakyat. Tak bebankan ibu bapa nak menanggung anak yang sambung belajar.

Fikirkan apa cara supaya graduan yang baru tamat pengajian tidak terbeban dengan hutang. Ini tidak. Belanja sekolah rendah pun dah mahal. Yuran PIBG pun masih ada. Kemudian ada saja bahan kena bawa ke sekolah. Itu sekolah rendah. Apa lagi jika di universiti dan kolej?

Kerajaan juga kena fikirkan bagaimana nak tarik lebih ramai pelabur masuk. Supaya peluang kerja bertambah. Serta kurangkan tenaga import. Barulah ada jalan untuk gaji naik.

Atau paling tidak usahakan supaya harga barangan jadi murah. Supaya rakyat walau dengan gaji yang kecil pun boleh survive. Itu baru bertanggungjawab. Bukan beri jawapan sampah macam ni. Guane boh?

Raja Gelap