MAKSUM
Duit pencen KWAP, masuk dalam akaun sendiri. Habis dia berjoli
untuk parti dan anak bini. Dah kantoi dan didapati bersalah. Alih2 salah PH,
katanya sebab rasuah hakim2 dan DOJ Amerika
Kes Pulau Batu Putih, Malaysia dah pakat dengan Singapura. Apa2
pun, akan terima saja keputusan ICJ. Dah kalah peringkat pertama, diperamnya
dekat 10 tahun. Nak dekat tempoh masa, baru nak masukkan permohonan baru.
Permohonan pun tak kuat mana, nescaya boleh kalah juga. PH pun tarik balik kes
kerana nak jimat wang dan tenaga. Alih2 puak2 ni mengamuk. Kononnya PH jual
kedaulatan negara
Kes Sulu, 5 PM terdahulu, elok ja diaorg dapat duit bulanan.
Bila tiba masa dia jadi PM, tetiba pulak mereka merusuh sakan. Bila dia nak
berhentikan bayaran bulanan, langsung tak ikut perjanjian. Bila orang tu bagi
saman, dia bolayan. Alih2 salah PH juga, bila PH cuba nak selesaikan. Dia dok
spin2 la guna Hakim yang jahat dan salah buat keputusan. Sampai la ni tak habis
meroyan
Kes LTAT LCS, zaman dia la perjanjian dibuat. Perolehan tunggang
langgang. Cakap Panglima TLDM dia tak dengar. Duit semua dah keluar. Boleh mark
up pulak lagi dari Perjanjian asal. Tambah lagi RM3 Billion. Banyak benda
pelik2 yang berlaku.
Bila PH hentikan untuk buat siasatan, dia salahkan PH pulak.
Katanya sebab PH nak buat siasatan, sebab tu kapal tak siap. Hakikatnya,
selepas 10 tahun, patut dah deliver 6 kapal semuanya. Ni sebutir skru pun tak
nampak bayang. Alih2 salah PH jugak ka?
Inilah pemimpin dambaan parti keramat Melayu. Dah jadi level
MAKSUM. Apa pun dia buat, tak pernah salah dan berdosa. Yang salah tetap orang
lain juga.
Esok2, bila Kak Mah ke dalam dan dia give up dengan bini tua
dia, confirm dia salahkan Atok dan PH juga
#ohbosslu #plunderingidiot #nationalembarrassment