JANGAN LARI : DULU ZAMAN PH- BAJU CINA NI PAKAI WALAUNCAI TROLL KATA MACAM KOMINIH- LA NI HANGPA DIAM PASAI PA BILA KES CURI DUIT HILANG BILLION BILLION ...DAPAT KE HANGPA SIKIT KAH..?

 


‘Jangan lari’, Liew gesa Zahid jawab pada rakyat mengenai kegagalan projek LCS






Liew Chin Tong mempertanggungjawabkan Ahmad Zahid Hamidi atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS.

PETALING JAYA: Liew Chin Tong membidas Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi kerana menafikan penglibatannya dalam projek kapal tempur pesisir pantai (LCS) bernilai RM6 bilion.

Dalam laporan Umno Online, Zahid berkata, beliau tidak sepatutnya dipersalahkan atas masalah yang melanda projek itu kerana kontrak itu dianugerahkan pada 2014, setahun selepas penggalnya sebagai menteri pertahanan tamat.

Bagaimanapun, Liew yang pernah berkhidmat sebagai timbalan menteri pertahanan bawah kerajaan Pakatan Harapan terdahulu berkata, projek itu diluluskan oleh Zahid semasa beliau menjadi menteri pertahanan pada 2011.

“Zahid bertanggungjawab atas penyelewengan dana dan kegagalan projek LCS,” katanya di Facebook.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

“Beliau mesti jawab kepada rakyat sekarang juga. Jangan lari.”

Tambahnya, Zahid telah meluluskan perubahan spesifikasi kapal daripada reka bentuk awal Sigma, seperti yang dipilih oleh tentera laut, kepada model Gowind, berdasarkan saranan kontraktor projek, Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS).

Beliau juga memetik kenyataan daripada mereka yang dipanggil oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengenai projek LCS untuk menunjukkan garis masa kelulusan projek dan perubahan yang dibuat.

Khamis lepas, Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata, Kementerian Pertahanan dan BNS, tidak mengendahkan pandangan tentera laut mengenai projek LCS.

Katanya, tiada satu kapal pun disiapkan walaupun Putrajaya telah membelanjakan RM6 bilion untuk projek itu, yang diberikan kepada BNS melalui rundingan terus.

Tentera laut sepatutnya menerima lima kapal menjelang Ogos tahun ini, tambahnya.

Zahid ialah antara pegawai tertinggi yang dipanggil PAC memandangkan beliau ialah menteri pertahanan pada 2011.


No comments: