MENTERI GAJI PULOH PULOK RIBU ...HAPA PUN TAK TAU....

 

Jangan salahkan lepasan SPM enggan sambung belajar, kata pensyarah




Antara sebab utama lepasan SPM memilih bekerja dalam sektor ekonomi gig kerana gaji lumayan dan waktu kerja fleksibel, kata pensyarah Usim, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee.

PETALING JAYA: Jangan hanya tuding jari kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) enggan menyambung pelajaran, sebaliknya kerajaan perlu mengkaji kenapa trend itu berlaku dan dijangka berterusan pada masa akan datang.

Pensyarah Kanan Fakulti Ekonomi & Muamalat, Universiti Sains Islam Malaysia, Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee berkata, jika kerajaan lambat bertindak, negara akan berdepan masalah kekurangan tenaga kerja profesional dalam sektor kritikal 15 atau 20 tahun akan datang.

“Ruginya nanti pada negara 15 atau 20 tahun akan datang. Negara kita akan kekurangan tenaga profesional, yang memerlukan sijil diiktiraf seperti pensyarah, doktor dan sebagainya. Akhirnya kita terpaksa import pekerja profesional dari luar negara sebab pekerja tempatan kita hanya ramai dalam sektor kemahiran.

“Kerajaan kena ambil tahu kenapa lepasan SPM tak mahu sambung belajar. Pertama sekali, yuran pendidikan terlalu tinggi. Kedua, permintaan industri yang mahukan pekerja berpengalaman dan tak pentingkan tahap kelulusan pendidikan; dan ketiga tiada jurusan sesuai dengan keputusan SPM mereka malah paling penting, gaji yang ditawarkan itu terlalu rendah,” katanya kepada FMT.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Umi Hamidaton Mohd Soffian Lee.

Malah, kata Umi, tahap tangga gaji di Malaysia kekal pada kadar sama sejak 10 tahun lepas dan ini cukup membuatkan lepasan SPM memilih menyertai sektor ekonomi gig, contohnya penghantar makanan dalam talian.

Terdahulu, Jabatan Perangkaan dalam kaji selidik membabitkan 560,000 lepasan SPM itu mendapati hanya 170,000 lepasan SPM menyambung pelajaran, manakala 72.1% atau 390,000 lagi enggan berbuat demikian.

Lebih membimbangkan, trend 2019 itu dipercayai berterusan pada 2020 dan 2021, menurut jabatan itu.

Umi berkata, kerajaan mempunyai beberapa pilihan, termasuk mengurangkan kadar yuran, menawarkan kursus jangka pendek dan lebih fleksibel, serta menawarkan kursus sijil atau diploma bersesuaian dengan sektor ekonomi gig bagi menarik minat lepasan SPM melanjutkan pelajaran.

“Antara sebab utama mereka memilih bekerja dalam sektor ekonomi gig kerana gaji lumayan dan waktu kerja fleksibel. Mungkin kerajaan boleh galakkan universiti awam tawarkan kursus jangka pendek fleksibel. Mereka tidak terikat, tetapi dalam masa sama boleh habiskan pengajian dalam talian.

“Kaedah ini bukan baharu. Universiti swasta sudah lama buat cara ini dan terbukti ramai yang berminat. Mungkin universiti awam boleh bekerjasama dengan universiti swasta. Mereka ada teknologi dan sumber kewangan pelbagai,” katanya yang sudah membuat kajian sendiri berhubung kecenderungan terhadap ekonomi gig.

Katanya, jika kerajaan boleh segera meluluskan belanjawan khusus untuk membangunkan industri gig sebagai usaha memulihkan ekonomi akibat pandemik Covid-19, kenapa tidak dalam sektor pendidikan.

“Kena ingat, akibat Covid, ramai ibu bapa diberhentikan kerja. Mereka berjuang mahu meneruskan hidup dengan keluarga, inikan pula mahu menanggung anak sambung belajar lepas SPM? Kerajaan kena buat sesuatu,” katanya.

No comments: