NI LENA PA NI. MASA MANA PULAK PH BERSETUJU DENGAN CADANGAN MAHATHIR-NI PENGANALISIS BUAT KAJIAN MANA PULAK NIH.SIAPA YANG BERSETUJU DENGAN CADANGAN MAHATHIR ????

 

Anwar patut jadi induk, bukan di pinggiran, penganalisis tegur cadangan khemah besar Dr M.




Tindakan Dr Mahathir Mohamad meminggirkan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan strategi khemah besar pembangkang dilihat langkah sumbang, kata penganalisis.

PETALING JAYA: Penganalisis berpendapat tindakan Dr Mahathir Mohamad meminggirkan Anwar Ibrahim dalam menggerakkan strategi khemah besar pembangkang sebagai langkah sumbang kerana ketua pembangkang itu seharusnya diletakkan sebagai “induk” dan bukan sekadar di pinggiran.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata Pengerusi Pejuang itu memerlukan Anwar lebih daripada Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin untuk menumbangkan Barisan Nasional/Umno, kerana gandingan aura berkenaan dikatakan memacu kepada kemenangan mengejut Pakatan Harapan pada 2018.

“Mahathir memerlukan Anwar lebih daripada Muhyiddin; momentum itulah yang memacu kemenangan PH, yang Mahathir ketika itu Pengerusinya, menumbangkan BN-Umno pada 2018.

“Menumbangkan BN/Umno memerlukan kesatuan pelbagai daya kekuatan politik pembangkang, dan peranan Anwar bukan berada di pinggiran, tapi sebagai induknya, setidak-tidaknya sebahagian induknya,” katanya kepada FMT.

Ahmad Fauzi Abdul Hamid.

Beliau juga merujuk Anwar sebagai pemimpin berjiwa reformis berbanding Muhyiddin – pemimpin bersifat kronisme cetakan Mahathir.






Dalam satu wawancara khas bersama Utusan Malaysia, bekas perdana menteri itu menyatakan enggan bekerjasama dengan Anwar dan Muhyiddin meskipun mengakui kepentingan kerjasama antara parti pembangkang di bawah pendekatan khemah besar untuk menumbangkan BN.

Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi berkata, sikap pemimpin pembangkang yang “tidak lurus” atau tidak jujur menjadi sebab mengapa partinya menolak konsep khemah besar pada hari ini.

Noor Nirwandy Mat Noordin.

Ini kerana katanya, dua pemimpin berkenaan – Anwar dan Muhyiddin – mempunyai agenda menjaga kepentingan sendiri tanpa meletakkan rakyat sebagai keutamaan.

Sementara itu, penganalisis keselamatan dan politik, Noor Nirwandy Mat Noordin berkata kenyataan terbuka Mahathir memberi persepsi bahawa beliau paling layak mengetuai khemah pembangkang dan mahu menjadi “poster boy” gabungan itu menjelang pilihan raya akan datang.

“Kenyataan Mahathir memberi persepsi bahawa dia lebih layak ketuai pembangkang dan ia bukan strategi baru kerana dominasi Mahathir dalam politik negara adalah amat besar dan sebagai seorang perdana menteri dua kali sudah tentu beliau tidak mahu jadi orang kedua,” katanya.

Azmi Hassan.

Nirwandy juga menjangkakan suasana PRU akan datang sangat menarik kerana akan memperlihatkan sama ada parti pembangkang akan turut serta dalam strategi politik Mahathir atau memilih suatu bentuk penjajaran baru dengan lambang atau individu tertentu untuk mengetuai khemah besar pembangkang.

Azmi Hassan dari Akademi Nusantara pula berkata Mahathir tidak boleh menganggap auranya sekuat sebelum pilihan raya umum ke-14 dengan membuat kenyataan berani tidak mahu membabitkan Anwar dan Muhyiddin.

“Jika aura Mahathir (seperti) sebelum PRU14 tiada masalah untuk tidak mengendahkan Muhyiddin dan Anwar, tetapi dalam keadaan sekarang sukar untuk menentukan jika Anwar dan Muhyiddin diketepikan adakah aura Mahathir sudah mencukupi untuk menarik parti pembangkang dalam satu khemah,” katanya.