NAK JADI PENGANALISIS KENA CERDIK..BUKAN KOMEN DUDUK DALAM PEJABAT...MASA MANA PKR TERUTAMANYA DAN DAP MENERIMA CADANGAN MAHATHIR.????

 



Terima kasih Sdr. Saifuddin Nasution. Kenyataan begini yang kita harapkan. Dan harapan aku, lebih ramai pemimpin PH terus keluarkan kenyataan yang mengecam Mahathir secara jelas.

Kita perlu beritahu rakyat, terutama pengundi atas pagar, bahawa tiada lagi kaitan antara PH dan Mahathir serta partinya. Sesungguhnya Mahathir adalah liabiliti terhadap PH.

Banyak perbuatan dan perkataan Mahathir semasa menjadi PM yang mewakili PH yang mengguris hati rakyat. Kalau PH berdiam diri setiap kali dikaitkan dengan Mahathir, PH akan rugi.

Sekarang Mahathir buat pasal dengan memutar belitkan fakta keruntuhan kerajaan PH. Inilah masa dan sebab paling sesuai untuk serang Mahathir. Serangan mesti secara terangan.

Aku berharap selepas ini akan keluar kenyataan berkenaan penipuan Mahathir ini dari pemimpin DAP dan Amanah. Itu mesti dibuat jika PH mahu menang PRU15. Guane boh?

Raja Gelap