JANGAN ‘OVER’ DALAM MEDIA SOSIAL

 




NORMAN RADZUAN


Jika sampai ke Umrah ingin dipamirkan di media sosial

JANGAN ‘OVER’ DALAM MEDIA SOSIAL

Aku mula mengenali individu ini yg terkenal dgn aktiviti sedekahnya melalui media sosial. Aku teruja dan memuji muji pada awalnya. Byk amalan2nya aku puji.

Tapi semakin lama aku melihat seperti ‘terover’ sehingga segala perbuatan baiknya mahu org ramai tahu. Macam rasa tak kena dan ramai juga kawan2 bercerita mengenainya.

Maksud aku seperti kau melayan isteri yg dianggap bidadari… perlukah sehingga ke tahap itu ingin ditonjolkan. Bagi aku ia sedikit ‘over’ bab itu.

Aku dulu waktu muda ada juga belajar bab sedekah. Kata guruku jika bersedekah sebaiknya tangan kanan memberi tangan kiri tidak mengetahuinya kerana Allah akn naungi org ini berdasarkan satu hadis.

Tak mengapalah bila ada org kata dlm Quran kata tak mengapa bersedekah tunjukkan dkt org dgn alasan utk menggalakkan org lain bersedekah. Ok lah… cuma bagi aku boleh tunjuk tapi jgn menunjuk nunjuk.

Cuma aku tak boleh terima dlm amalan ibadah kita seperti bersolat dan mengerjakan umrah sanggup membawa jurugambar utk dimuatkan ke dlm media sosial. Utk tujuan apa? Ya tentulah ada yg berkata jgn dengki, itu urusan dia dgn Tuhan….

Bukan itu aku maksudkan. Dgn kawan2 atau keluarga yg lebih kaya pun aku tidak pernah berdengki ini kan pula dlm berbuat kebaikkan. Yg aku dengki mereka yg kaya hasil mencuri harta rakyat.

Jika video bersedekah dikatakan utk menarik org ramai mengikutinya… aku bimbang video kita bersolat dan mengerjakan haji dan umrah akn menjadi amalan semua. Jgn bohong tidak timbul rasa riak, ujud, gila nama, ingin org memuji dan ingin rasa glamor dan lain2 perasaan.

Sebab itu Rasulullah tidak mahu solat Tarawih di masjid selepas ramai mengikutinya kerana bimbang ia akn menjadi Fadhu atau ikutan oleh umat (kita).

Aku masih ingat ketika aktif dgn jamaah Tabligh selama 6 tahun dahulu. Ada seorang Maulana dari Filipina menegur agar jgn ditunjukkan aktiviti dakwah sebab tujuan keluar ke jalan Allah katanya hanya utk mencari redha Allah bukan manusia.

Yg dia bimbangi katanya, “Cuba pejamkan mata kalian seminit… tanya pada hati…adakah tidak ada sekelumit rasa riak amalan yg dibuat apabila dimuatkan di dlm media sosial.”

Riak ini termasuk dlm kategori syirik kecil iaitu mensyirikkan Allah dlm ibadah. Syirik dlm akidah berbahaya begitu juga syirik dlm ibadah juga berbahaya mengundang murka dan amalan tidak diterima.

S. Umar masuk ke dlm Masjid Nabawi melihat Muadz sdg menangis teresak esak di makam Rasulullah SAW. Saat ditanya sebab tangisannya, Muadz menjawab, "Aku menangis sebab aku takut kpd riak kerana ia sebahagian daripada syirik".

Kata salah seorang guru ku, Rasulullah itu solat sunatnya selalunya di rumah. Malah Rasulullah kerap solat sunat Tarawih di rumah berbanding di masjid seperti amalan kita skg.

Katanya lagi, sahabat2 buat solat sunat di rumah hingga menangis teresak esak kerana ketika itu amalannya hanya dia dan Tuhan sahaja yg tahu. Pernahkan kita dgr kisah seorang lelaki yg Rasulullah katakan bakal ahli syurga.

Hingga ada sahabat sanggup bermalam ke rumahnya utk mengintai apa amalannya di waktu malam. Org dulu ibadah solat dan sedekahnya selalu disembunyikan. Sebab amalan ibadah kita dgn Tuhan sebaiknya disembunyikan bimbang timbul rasa riak.

Jgn over di media sosial hingga segalanya ingin diberitahu dan ditunjukkan dgn harapan nama menjadi sebutan. Jgn lahirkan manusia2 yg hipokrit. Di media sosial telah ramai yg menipu secara visual.

Manusia memang sifatnya mudah tertipu dgn kebaikkan dari pandangan mata. Kita ini kalau tidak ditutup aib oleh Allah… hari2 agaknya org lemparkan tahi ke muka kita.

Ketahuilah batin manusia lebih byk derhaka kpd Allah daripada zahirnya tetapi ramai manusia tidak sedar. … Jika semua ingin ditunjukkan agaknya masih adakah lagi yg tinggal utk keikhlasan diri kita? Allah knows best.

 

No comments: