PRU 15 MAKIN DEKAT : MP Terima Emel Penamatan Bayaran Faedah


 

Penerimaan emel seperti itu biasanya dianggap salah satu tanda dikaitkan dengan pembubaran Parlimen kerana ia tidak dihantar setiap tahun.

Emel seperti itu biasanya hanya akan diterima apabila parlimen akan dibubarkan.

Oleh kerana hari ini adalah cuti umum, maka sumber kami tidak dapat mengesahkannya dengan Pejabat Parlimen Malaysia.

Namun beberapa orang Ahli Parlimen sudah mengesahka menerima emel tersebut.

Semakan kami mendapati utusan.online dan Malaysiakini turut melapurkan perkara yang sama.