HAAA...TU LA..LEN KALI NOH JANGAN SUKA SUKA CAKAP..KAN DAH KENA BALAN DENGAN PUCUK PIMPINAN....PAS PUN..TAKKAN MEMANJANG NAK TUMPANG KEMENANGAN UMNO...LEKEH LA PAS..


Formula agihan kerusi Umno-PAS Selangor tak lagi terpakai, kata Noh Omar.






Noh Omar berkata antara formula agihan kerusi yang tidak lagi terpakai itu adalah mana-mana kerusi dimenangi calon PAS atau Umno pada PRU14 kekal ditandingi calon daripada parti terbabit.

PETALING JAYA: Formula pengagihan kerusi antara Umno dengan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN) di Selangor sebelum ini tidak lagi terpakai selepas parti itu menyertai Perikatan Nasional (PN).

Mengesahkan perkara itu, Ketua Umno Selangor, Noh Omar berkata antara formulanya adalah mana-mana kerusi yang dimenangi calon PAS atau Umno pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) kekal ditandingi calon daripada parti terbabit. “Dari segi pengagihan kerusi, itu dulu, betul masa MN dulu. Tetapi sekarang ini bila dah PAS dah masuk PN, jadi formula ini kita tidak boleh pakai lagilah.

“Apa-apa terpulang kepada pucuk pimpinanlah. Kalau MN tak ada dah besok, tak adalah pakai formula ini. Kalau kata kita pergi solo, kita ikutlah,” katanya, menurut laporan Utusan Malaysia.

Pada 20 Mei lalu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan kerjasama Umno dan PAS menerusi MN sebagai ‘nyawa-nyawa ikan’.

Bagaimanapun, sehingga kini Umno dan PAS belum menandatangani perjanjian pembatalan gagasan terbabit.

Dari segi pengagihan kerusi MN di Selangor sebelum ini, terdapat persetujuan mana-mana kerusi dimenangi atas tiket Umno tetapi calonnya meninggalkan parti dengan menyertai Bersatu, kerusi terbabit perlu diserahkan semula kepada Umno.

Bagi kerusi dimenangi Pakatan Harapan (PH) pula, MN meletakkan calon berdasarkan undi kedua tertinggi diperoleh sama ada oleh Umno atau PAS pada PRU14.

Dalam pada itu, ahli Parlimen Tanjong Karang yang juga Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi itu berkata, tanggapan pihak tertentu bahawa Umno Selangor cenderung mengambil pendekatan melawan arus dengan meneruskan kerjasama dengan PAS bagi mengukuhkan MN adalah tidak benar.

Beliau berkata, pihaknya akur dengan keputusan pucuk pimpinan dan setakat ini masih menunggu keputusan muktamad dibuat kepimpinan tertinggi parti.

“Tak ada siapa melawan arus. Lain-lain negeri pun berkawan elok sahaja. Sebab kita di Selangor memang sudah rapat, kita kawan macam biasa.

“Keputusan muktamad kita akan tunggu daripada pucuk pimpinan, tetapi kita dari segi kawan dan hubungan silaturahim, kita buat kerjasama. Apa salahnya, kalau hari raya dia datang, kalau ada program dia nak datang, datanglah,” katanya.


No comments: