Kemelut MB Johor: Zahid dititah menghadap Sultan Johor

 


Kemelut MB Johor: Zahid dititah menghadap Sultan Johor

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dipercayai menitahkan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, menghadap hari ini.

Difahamkan ia susulan kemenangan BN dalam Pilihan Raya Negeri Johor (PRN) kelmarin bagi membolehkan Menteri Besar Johor yang ke-19 dilantik sekali gus mengangkat sumpah.

Sumber BN berkata, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO sudah bertolak dari Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi selepas menerima titah Sultan Ibrahim itu.

Dalam pada itu, Ahmad Zahid dilihat tiba di Pejabat Perhubungan UMNO Johor di Jalan Yahya Awal pada jam 2.30 petang tadi.

Ahmad Zahid dilihat meninggalkan perkarangan Pejabat Perhubungan UMNO Johor kira-kira jam 2.50 petang semalam.


No comments: