One off KWSP: Pencarum demo depan Parlimen
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) semalam berhimpun di jalan masuk ke kawasan Parlimen menuntut diluluskan pengeluaran one off RM10,000.
Menurut jurucakap kumpulan itu, Khairul Anuar Othman, memorandum diserahkan kepada wakil Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, wakil Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz dan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin agar mereka mempertimbangkan rayuan rakyat yang amat terdesak ketika ini.
Bagaimanapun hanya wakil Menteri Kewangan sahaja yang hadir untuk menerima memorandum.
“Pagi ini satu memorandum kepada pegawai Kementerian Kewangan, En Hazizi
“Kita juga terasa kita tidak dipedulikan oleh pimpinan (yang tidak menghantar wakil). Walau bagaimanapun kita mengharapkan memorandum ini akan sampai ke tangan Menteri Kewangan.
“Kami pencarum KWSP mengharapkan supaya ia sampai ke tangan Tengku Zafrul,” katanya.
Sementara itu, wakil pencarum yang dikenali sebagai Farhan menyeru agar Ahli ahli Parlimen mendengar suara mereka agar dibenarkan pengeluaran one off untuk rakyat yang terjejas teruk akibat pandemik Covid 19 dan bencana banjir berulang ulang baru baru ini.
“Kami di sini bertujuan menyerahankan memorandum pengeluaran ‘kali terakhir’ RM10,000 KWSP kepada 3 wakil. Pertama PM Malaysia, kedua Kementerian Kewangan dan ketiga Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Mahiaddin Yassin
“Sehingga kini kami dapat menyerahkan kepada Menteri Kewangan sahaja. Tujuan kedua, adalah menuntut semula Ahli Parlimen Malaysia untuk dengar suara rakyat, disampaikan dan dibahas di Parlimen Malaysia,” katanya.
Farhan juga mahu PM Ismail Sabri tidak lagi berdolak dalik untuk meluluskan pengeluaran RM10,000 kerana pimpian kerajaan dan pembangkang telah menyuarakan hal yang sama.
“Kami mendesak PM meluluskan tuntutan kami ini.
“Kami dengan tegas sebagai pencarum yang terkesan ingin menuntut hak kami sebagaimana Akta KWSP 1991, Seksyen 54, subseksyen KLM.
“Kami tegaskan tidak akan berhenti sehingga wang berada di dalam akaun bank kami. Kami mengingatkan kepada Ahli Parlimen yang dilantik yang berada dalam dewan supaya berkhidmat untuk rakyat, mendengar keluhan rakyat yang mengundi mereka dalam pilihan raya dan menghantar emel kepada Ahli Parlimen Bera juga Ahli Parlimen Pagoh. Menteri Kewangan tidak ada dalam senarai kerana beliau tidak dilantik rakyat dan ternyata bukan wakil rakyat kerana itu beliau tak pernah faham kesulitan rakyat.
“Kami juga ucap terima kasih kepada beberapa Ahli Parlimen yang telah menyuarakan tuntutan kami sejak beberapa minggu lepas dan kami hingga hari ini ada 18 yang menyatakan sokongan (Kerajaan dan pembangjang),” katanya lagi
Justeru Farhan berharap sokongan Ahli ahli Parlimen tersebut bukan semata mata untuk meraih undi dalam pilihan raya Johor semata mata. Beliau berharap lebih banyak Ahli Parlimen akan menyatakan sokongan terhadap pengeluaran KWSP.